Pages

Thursday, June 23, 2011

Siapa Kawan Siapa Lawan ?!

Pernahkah kita guna bukubuku untuk mencari kawan lama? Biasakan? Tetapi, biasa juga kan kita tercari-cari topik apa yang mahu dibualkan, padahal suatu tika dulu bukan main rapat lagi kita. Mungkin dia kawan baik masa kat sekolah. Atau mungkin dia teman sebilik ketika di kampus hijau. Atau siapa pun dia yang pasti pernah rapat dan jika berjumpa kita berbual umpama cerita sebatang pen yang boleh di jilid umpama buat tesis kan?
Tapi kini senyap, sepi dan bisu.
Atau lebih dasyat kita offline bila dia muncul di muka buku dengan alasan tak ada modal nak cakap!.

Pada pendapat saya kawan kita akan berubah mengikut tahap usia, pendidikan yang kita lalui dan kehidupan kita. Saya juga secara jujur mengakui kawan-kawan saya berubah mengikut peredaran masa dan usia. Tapi ada juga kawan yang kekal sebagai kawan dan sahabat sejak dari zaman kampus hijau hinggalah ke hari ini. Ada juga ketika zaman hijaunya kampus jarang berbual dan bertegur sapa ; hanya sekadar senyum tetapi kini jadi teman baik, sehari tak es-em-es dia rasa tak lengkap hidup. Ho!ho!ho! Dahsyat! dahsyat !

Apa topik yang selalu jadi bahan cerita ni? Biasa bercerita tentang kehidupan yang kadang-kadang ada sisi hitam yang cukup merebahkan emosi, ada sesetengah kawan bila terbuka ruang bicara maya itu tak lain tak bukan bercerita tentang bisnes, minta pandangan dan tukar pandangan. Ada juga yang sekadar berbual kosong. Em! saya tidak memilih kawan.
Siapa-siapa boleh, tetapi secara jujur saya tidak senang untuk berkawan atau menghubungi kawan-kawan yang buatkan saya rasa 'down'. Saya cuba menjauhi diri dan sekiranya terpaksa berhubung atas dasar kerja, setakat itu sahaja saya lakukan.

Anda bagaimana ?

Sesekali cuba kita toleh ke belakang dan 'lihat' siapa yang pernah menjadi teman baik kita, dan saya pasti jumlah yang kita tinggalkan adalah lebih ramai dari yang terus bersama dengan kita.



No comments:

Post a Comment