Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan, Sebenarnya ketika ini aku rasa serba tak kena memikirkan laporan akaun yang beraudit belum siap di semak oleh juruaudit bertauliah (yang syarikat bayar senag cakap lah!). Dua minggu telah berlalu. Sepi. Tanpa panggilan dari syarikat terbabit. Pihak pengurusan mahu mesyuarat agung dilakukan pada 15 Jun ini. Sekali lagi aku rasa menjadi sanwich. Berada di tengah-tengah dalam pelbagai urusan.
Tiba-tiba terasa nak makan nasi lemak. Apa? Makanan tak berkhasiat ? 'Mereka' kata makanan tak berkhasiat kerana boleh sebabkan obesiti ? Kok nasi lemak aje yang kena dari dulu ? Makanan lain berkhasiat sangatkah? Pada aku nasi lemak salah satu makanan Melayu yang semakin meniti 'imej antarabangsa', maka semakin ramai orang yang jaki dengannya. Bagaimana dengan restoran makanan segera yang macam cendawan tumbuh? Adakah mee lebih berkhasiat dari nasi lemak?
Pagi tadi aku belek-belek kat Majalah Rapi keluaran 1 Oktober 2010 muka surat 97 mengatakan bahawa, nasi lemak yang dimakan setiap pagi tidak mungkin menyebabkan kenaikan berat badan jika ia sekadar diambil sebanyak 1 cawan bersama sedikit sambal, timun, telur dan ikan bilis, (kat sekolah biasa memang jual macam ni kan ?) Tetapi ia benar akan menaikkan berat badan jika di makan bersama lauk pauk yang berminyak seperti ayam goreng, rendang ayam dan sebagainya (ni biasa yang di jual di tepi jalan kan ?).
![]() |
Gambar dari Google |
Masalah obesiti pada aku bukan kerana nasi lemak lah! Tapi budaya hidup kita yang selalu nak senang lenang tanpa keluar peluh. Lepas makan, tidur ! (tak kira makan apa pun, bukan nasi lemak aje). Tak pun duduk depan komputer atau menghadap tv. Dah la makan 'taraf segera' ! Dah tu salahkan nasi lemak. Aku kan peminat nasi lemak tanpa sambal !
Jom lah! sapa nak tolong aku vakum bilik aku yang dah lama tak vakum ni ! Lepas tu boleh makan nasi lemak dan teh tarik !
No comments:
Post a Comment