Pages

Friday, June 3, 2011

Senyum, Ketawa tu 'multivitamin' !

Dulu ketika di kampus aku memilih tajuk 'smile' untuk subjek English Public Speaking . Punyalah susah nak cari bahan. Subhanallah... Setelah 10 tahun berlalu begitu banyak fakta berkaitan senyum dan ketawa.
Gambar dari Mr Google

Salah satu buku yang saya baca,mengatakan senyum itu adik beradik ketawa ye! Ok kita berbalik pada tajuk di atas, sebab apa ye? Sebelum ni kita cuma tahu senyum selalu akan buat kita awet muda kan ? Sebab senyum cuma gunakan 17 otot berbanding kerut-kerutkan muka kena guna 43 otot, mana tak cepat tua!?

Senyum dan ketawa itu 'mulvitamin' Sebab senyum itu akan membuatkan seluruh badan akan turut senyum kerana ia menghasilkan endorphin dalam otak yang kesannya akan mengurangkan kesakitan fizikal dan jadikan seseorang itu lebih selesa dengan dirinya sendiri. Dalam erti kata lain ia adalahh senaman membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa itu senaman? Betul, ketawa dan senyum 100 kali dalam 24 jam mendapat manfaat macam kita bersenam selama 10minit. Ha! macamna nak kira pulak tu? begini sekali kita haa dikira 1 kali, kalau ha! ha! ha! dikira 3 kali. Ketika kita ketawa sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan protein melawan penyakit, ia juga mengaktifkan sel T yang penting dalam sistem pertahanan badan dan sel B yang menghasilkan antibodi melawan penyakit. Selain itu, senyuman juga merendahkan tekanan darah. menambah kemasukan oksigen dalam darah serta merangsang proses penyembuhan.

Senyuman yang di akhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan secara tak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Senyum dan ketawa juga merangsang kedua belah otak untuk meningkatkan keupayaan untuk belajar.otak

Menurut pengkaji kanak-kanak berumur 400 kali sehari berbanding dengan orang dewasa yang cuma 15 kali sehari, jadi tak hairanlah orang dewasa senang kena penyakit kroik, tertekan dab kemurungan.

Ha! apa lagi senyum dan ketawalah dengan ikhlas! Esok cuti kan?



No comments:

Post a Comment