Pages

Thursday, June 2, 2011

Perut...

Perut ? Perut apa Rien? O saya tidak maksudkan perut yang berlemak ye! Tapi perut lembu! Satey perut lembu. Atau orang kampung saya panggil satey 'babat'. Pada saya satey dari lembu yang baru disembelih adalah lebih sedap rasa dan harum baunya berbanding perut lembu yang di import, walaupun kerjanya renyah.

Bermula dengan proses 'memberus' segala kekotoran dan di basuh bersih sebelum di rebus seketika sebelum proses memotong dan 'merempah'. Pada saya proses mencucuk satey ini adalah lebih mudah dari lain-lain satey, sebab ia telah sedia dalam bentuk kepingan. Jadi untuk 1 cucuk memang confirm 3 keping perut. Senang! Memang kerja senang dan cepat!

Biasanya satey perut ni hanya jika ada permintaan macam satey kambing juga. Sebab faktor masa untuk menyediakan dan kesukaran untuk mendapatkan perut lembu segar.




No comments:

Post a Comment