Doktor T : Saya hairan dengan bangsa saya, tak mau bercakap dalam bahasa Melayu. Mungkin datuk atau moyang asal dari Negara China, tetapi mereka kan lahir kat Malaysia. Malu ke bercakap Bahasa Melayu?
Doktor T: Saya bangga dengan Chef Wan, satu dunia kenal dia.
Aku : Doktor kenal Chef Wan?
Doktor T: Hei! Saya orang Malaysia laa...
*****
Doktor T: Saya banyak hairan dengan sesetengah rakyat Malaysia, terutama bangsa saya, pergi belajar kat
luar negara, minta tajaan kerajaan Malaysia tetapi habis belajar tak mahu pulang ke Malaysia. Alasan Malaysia tak maju macam negara luar, kemudahan perubatan kat Malaysia tak setanding dengan luar.
Aku : Siapa taja doktor ?
Doktor T: Saya tidak pernah di taja kerajaan. Guna duit bapak. 10 tahun di India dan 10 tahun lagi di UK. Saya gembira dapat kerja di Malaysia. Kalau nak negara kita maju, kita bawak pengalaman yang kita ada ke sini dan jadikan 'rumah kita' ini maju lo! Kenapa mesti bagi pengalaman kita pada yang dah sedia bagus. Malaysia ni negara kita ! Kawan-kawan saya selalu cakap saya sangat patrolitik....
No comments:
Post a Comment