Kadang-kadang aku rimas + geli hati bila orang bertanya,
"Tak de kelas ke hari ni?"
"Tak jaga budak periksa?"
Atau bila beli barang-barang tuan kedai cakap,
"Terima kasih cikgu, datang lagi!"
Dr T pun pernah bertanya,
"Puan cikgu ke? Muka puan amat garang macam wife saya, semua orang ingat wife saya cikgu !" -Padahal isterinya ada di depan.
Kesimpulannya apa? Muka aku garang amat sesuai jadi cikgu?!
Aha!
Sejujurnya banyak kali memohon mahu jadi cikgu, tapi tiket 'muka garang' - (tapi selalu kena buli ) adalah bukan syarat utama untuk menjadi guru!
Tapi sejujurnya saya tiada bakat untuk mendidik anak orang. Tapi saya percaya setiap orang memang menjadi pendidik, paling tidak pada diri sendiri. Didik diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari semalam. Itu semestinya!
Aku dikejutkan dengan private massage dari anak seseorang,
"Terima kasih akak, ajar dan tolong saya isi borang on-line dulu ....."
Aku pun dah lupa, apa yang aku ajar ! Sekadar tolong isi borang UPU hingga melayakkan Si Gadis menyambung pengajian di Kota London ! Tiada apa pada aku ! Siapa-siapa boleh buat ! 5 tahun berlalu Si Gadis manis itu telah kembali ke Malaysia. Cepat masa berlalu!
Tiba-tiba aku tersedar, 5 tahun berlalu si gadis telah menggengam segulung ijazah, aku masih bukan siapa-siapa. Masih di sini! Tak ada apa-apa perubahan kecuali garis-garis di muka yang kian jelas ! (Tapi still awet muda!) Bak kata tulisan kat 'bumbung rumah' M-I-O Everybody Wants To Change The World, But No Body Wants To Change -AKUKAH ITU ?
No comments:
Post a Comment