Minggu lepas ke Bandung atas 'tiket' mesyuarat, tapi sebenarnya kita berjalan-jalan melihat dunia luar. Kali ke -2 ke negara jiran itu. Kali pertama ke Medan pada 2007. Sebenarnya hampir setiap tahun akan ke negara jiran itu cuma rasa tak mahu ikut, tapi tahun ni rasa Danish dah besar dah boleh ajak 'jalan-jalan cari pasal' ! Pergi bersama Firefly. Satu yang saya perasan ialah layanannya pramugarinya tak sama macam Air Asia yang susah tersenyum. Mungkin senyuman itu termasuk dalam pakej harga penerbangan. LOL!
Jalan-jalan di sini sekiranya anda datang berkumpulan lebih baik sewa MPV dengan pemandu dengan bayaran RM280 untuk 24 jam. Memang berbaloi. Anda punya pemandu dan tukang angkat hasil shopping anda. Sebagai seorang yang punya perasaan apa salahnya ajak pemandu itu makan sekali bersama anda.
Hidangan pagi itu nasi lemak berlauk rendang yang kurang rasa di sana sini, tapi perut lapar, makan sajalah! Alhamdulillah!
Kat bawah ni kalau mata saya tak salah adalah sawah padi yang terbentang luas di Bandung, tompok-tompok tu adalah aktiviti pembakaran sisa padi setelah dituai.
Aktiviti biasa sebagai seorang wanita, SHOPPING ! Bawak berapa juta rupiah pun rasa macam sikit. (Lain kali Rien sila kumpul duit banyak-banyak bila dengar khabar angin mahu ke negara jiran ye!) Bukankah 70% dari khabar angin adalh benar, jika tidak masakan ada pepatah tiada angin pokok tak bergoyang. Ump!
Bila anda mahu shopping di Pasar Baru lebih baik pergi ketika mereka buka kedai sebab biasa mereka akan buat pecah telur maknanya rezeki mula-mula datang akan diberi harga murah. Kat sini jika anda mahu beli dan tempah baju pun boleh. Contoh mahu jahit baju pengantin harga RM125 sepasang tak sampai 24 jam boleh siap dan di hantar ke tempat penginapan anda. Jangan kata saya buat baju pengantin pulak!?
Tapi suami saya beli bahan dan jahit seluar dalam RM160 siap hantar di lobi hotel tempah pukul 12 tengahari dan samapi di lobi hotel pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Mereka benar-benar mahu cari duit. Teringat kata-kata seorang penjual tudung, "Saya suka duit Malaysia". Kat belakang saya tu adalah kain cotton ye. Yang berada di kaki saya tidak dijual. Dia adalah kawan gaduh paling baik!
Selepas berbelanja, adalah tidak seronok jika tidak makan. Restoren kegemaran selama 3 hari di sana adalah Restoren Padang. Restoren sunda tidak menepati selera saya dan Danish. Kat gambar di bawah yang kat barisan belakang adalah barisan Lembaga Pengarah. Di mana mereka berkumpul di situ mereka meeting.
Antara menu menarik di Restoren Minang adalah kari kulit dan otot lembu (gambar di bawah ni). Cara mereka hidang makanan tompok-tompok, sikit-sikit tapi banyak. hampir semua pedas nasib ada lauk yang tidak pedas untuk Danish. Sayur dalam banyak-banyak ni cuma satu jenis, tak silap saya daun ubi celur dengan samabal. Yang lain semua lauk.
Kat bawah ni tukang kira berapa banyak saya shopping. Siap sound aku "Boleh isi lagi mama !" Ye! memang saya buktikan masih boleh isi lagi beg itu, sepanjang perjalanan ke lapangan terbang sempat lagi rempat beberapa barang. Em....
Ni memang jadi kawan baik. Tapi yang kecian Danish sebab kadang-kadang kawan-kawan dia ni tak faham apa yang mahi disampaikan, cuma aku aje yang faham apa yang mahu disampaikan.
Jalan-jalan dikaki lima pasti ada yang menawarkan anda barangan cenderamata untuk di bawa pulang. Harga boleh runding. Tapi di mana-mana barangnya adalah sama. So, jika anda rasa terkilan tak membeli di seseuatu tempat jangan bimbang pasti akan ketemu lagi. Tapi saya cukup tidak berkenan bila ada pihak yang tangkap gambar curi saya lalu menjual di restoren tempat kami singgah makan dengan harga tak munasah. Untuk 2 keping gambar berharga RM18 gitulah.
Gambar bawah ni saya ambil ketika sedang tidurkan Danish di kaki lima (yang lain sibuk shopping) maka didatangi pemuda ini untuk beli pen sebagai cenderamata yang siap berlorek nama kita. Ok yang ini saya beli. Ada pelbagai jenis pen serendah RM 0.90sen dan paling mahal RM5.00 tak silap.
Ini hasil lorekan mereka. Apapun satu yang perlu saya akui mereka kretif mencari rezeki.
Satu-satunya tempat menarik yang saya lawati (yang lain shopping saja) adalah Tangkuban perahu. Kalian boleh baca mitosnya di sini. Cuaca di sini sejuk dan dari pertengahan jalan untuk mendaki ke sini memang berbau belerang yang kuat. Sungguh tak selesa apabila di kejar penjaja! Pemandu kenderaan yang membawa kami ke sini beritahu jangan beli apa-apa di sini kerana harganya yang agak mahal.
Yang ni memang buat saya tak sanggup kalau penginap di hotel. Kolam renang. Danish dan kolam renang memang tak boleh dilupakan.
Gambar Lapangan terbang Husein Sastranegara Bandung. Memang jangan samakan ia dengan mana-mana lapangan terbang kita, tetapi ia tetap melambangkan budaya masyarakat di sini.
Di pinggir lapangan terbang ini tersadai ADAM Airline yang suatu tika dulu gah di angkasa, di khabarkan kerapkali ia terhempas dan menyebabkan ia tersadai begitu saja. Alangkah bagusnya andai ia menjadi 'objek' dalam museum negara berkenaansebagai sesuatu yang pernah berjasa.
Bandaraya Johor Bahru dar angkasa.
Berazam untuk kembali lagi suatu masa nanti tanpa melibatkan urusan tempat kerja. Mahu bawa keluarga ke tempat-tempat menarik, bukan sekadar bershopping yang sampai bila pun tak sudah. Entah kenapa pulang dari sana terdetik dalam hati ini mahu terbang dan terbang lagi.
No comments:
Post a Comment