Pages

Thursday, October 6, 2011

Bicara

Hari Raya Aidilfitri dah lama berlalu. Tapi sehingga hujung minggu ini masih ada orang yang menempah satey untuk Majlis Hari Raya Aidilfitri - sebab tak sempat buat masa Syawal. Cuma istimewanya majlis hujung minggu ini adalah di tempah dari sebuah kawasan perumahan yang penduduknya terdiri dari tiga bangsa. Mereka sepakat untuk membuat majlis hari raya walau bukan bulan Syawal bagi memberi laluan untuk jiran berbangsa Melayu beraya dulu, kemudian anak-anak mereka yang menduduki UPSR dan PMR.
Dah selesai baru mereka 'enjoy'!.

Gambar kat bawah ni di ambil sehari sebelum Aidilfitri yang lalu.


Tempat bakar satey yang memnag ditempah khas -tiada dijual di pasaran. Memang direka dengan kakinya yang boleh diubahsuai untuk dimasukan ke dalam bonet kereta. Anggaran boleh bakar 300cucuk untuk sekali bakar. Tempat bakar adalah kat pondok sebelah rumah. Bagi yang mahu kami bakar satey di kediaman mereka, minima tempahan adalah 2000 cucuk. Teringat masa saya dan adik bujang dahulu. Bila ada orang yang mahu kami bakar satey di kediaman atau pejabat mereka, saya dan adik lah yang bakar, mak dan ayah rehat. Tapi kini mak dan ayah yang kena bakar sendirian dan di bantu oleh pakcik. Sepatutnya tak begitu kan?!!

Ni polistrin. Ada pelbagai saiz bergantung kepada berapa cucuk satey yang ditempah. Yang tengah-tengah tu walau nampak kecil tapi boleh muatkan 200 cucuk. Tapi biasanya akan minta pembeli menyediakan polistrin dan tempat letak kuah sendiri sehari sebelum tarikh tempahan boleh di ambil. Demi memudahkan penjual dan pembeli. Sebab kadang-kadang pembeli 'segan' nak pulangkan bekas, sampai berminggu-minggu - ada juga yang jadikan bekas tempat isi kuah (terutamanya) sebagai harta sendiri. Cara paling mudah bawa bekas sendiri.

 
Ni satey daging. Memang sengaja letak dalam plastik yang berbeza warna. Demi memudahkan. Maklumlah bukannya ada 100 atau 200 cucuk dalam peti beku. Dijual RM0.45 untuk yang telah siap di bakar dan RM0.40 yang mentah.


Ni satey ayam. Selain di asingkan warna plastiknya, peti beku juga diasingkan. Dijual RM0.45 untuk siap di bakar dan RM0.40 untuk yang mentah.


Kasut yang selesa juga perlu. Tema kasut satey tahun ni. PINK. Harga RM9.90. Aha! Entah kenapa kadang-kadang saya fikir bila orang tua sudah uzur nanti mungkin bisness satey ini akan terkubur sendirinya. Sebab saya tak nampak jalan bagaimana ia harus bertahan!?? SPEECHLESS!

No comments:

Post a Comment