Hujung minggu yang sudah saya menghantar 'rombongan' membakar satey di sebuah kawasan perumahan yang penduduknya saya kira sebahagian besar adalah golongan profesional . Majlis ini dinamakan Majlis Hari Raya walau Syawal dah sebulan berlalu. Masyarakat dia terdiri dari bangsa Melayu dan Cina, jadi majlis ni bolehlah dikatakan 'kongsi raya'. Sama-sama susun meja dan kerusi sambil borak-borak kosong. Kata mereka, berapa kali mahu buat majlis ini tetapi tak berkesempatan, nak buat ketika Bulan Syawal yang Melayu sibuk beraya. Lepas Syawal anak-anak sibuk dengan UPSR dan PMR. Jadi mereka rasa Sabtu lepas adalah tarikh yang sesuai.
Perkara menarik yang saya nak kongsi tentang masyarakat taman perumahan ini ialah budaya berbasikal. Ia dah macam jadi tunggangan rasmi kawasan perumahan ini. Yang budak-budak memanglah ke sana sini dengan basikal, yang berumur samada lelaki atau perempuan tak ketinggalan menaiki basikal. Sangat menarik! Cuba anda bayangkan jika surau dipenuhi basikal setiap kali waktu Magrib, mesyuarat Rukun Tetangga juga dipenuhi basikal, Majlis Agama Kaum Ibu juga penuh basikal - BUDAYA HIDUP SIHAT kan!?
Berbalik pada cerita 'acara bakar satey' ni, biasa minima tempahan untuk bakar di lokasi yang diminta adalah 2000 cucuk. Bakar satey dirumah pak cik saya, Cikgu Abu (entah mana dapat gelaran Abu, tidak saya ketahui). Cikgu Abu kata tak boleh bakar kat 'tempat kejadian' nanti tak sempat majlis satey dah abis. Mula bakar satey dalam pukul 5.30 petang sebab majlis akan bermula pada pukul 8.00 malam. Angin yang bertiup tidak sehaluan itu, malam tu benar-benar memedihkan mata, mulalah aku memejamkan mata beberapa minit menahan pedih mata. 1000 pertama okey lagi, selepas itu mulalah berganti-ganti untuk berehat, makan dan bersolat dan tak lupa urut-urut kaki. Oleh kerana bakar di rumah Cikgu Abu, maka memang mudahlah untuk berehat, solat dan makan. Ikut pengalaman kalau bakar satey di hotel atau bangunan perdagangan memang kena bawa surat khabar lama untuk duduk berehat-rehat. Tu belum lagi bawa bekal makanan. Serius ! Pengalaman indah!
Paling seronok adalah Danish, dapat ramai kawan-kawan lelaki yang sama-sama sukakan apa saja yang berkaitan dengan jentera. Siapa lagi ? Anak-anak Cikgu Abulah! Iyelah anak-anak dia semua lelaki. Bak kata isteri Cikgu Abu "Aku minoriti, semua orang sayang aku" LOL.
Paling tak senonoh Danish minta nasi lemak yang dijadikan salah satu jamuan pada majlis itu, bila dengar Cikgu Abu cerita dengan emak jamuan adalah satey, nasi lemak, ayam gole, tofu bakar, mee rebus, mee goreng, sup kambing dan buah-buahan. Bila dengar nasi lemak, terus Danish minta. Isteri Cikgu Abu lah pergi ke 'tempat kejadian' ambil satu mangkuk nasi lemak untuk Danish. Sungguh-sungguh dia makan. Macam tak pernah makan nasi lemak. Tapi biasalah stail Danish makan nasi lemak, hanya nasi tanpa lauk apa lagi sambal.
Siap bakar satey dalam pukul 10.30malam. Masing-,asing sudah berbau satey. Sampai rumah 'kokok' ayam jantan periharaan Danish sudah berkokok. Danish pun dah terlena belum sempat sampai rumah.
Pagi esoknya pukul 7.30 pagi sudah saya kejut Danish untuk ke kedai Hj. Amin ambil ayam untuk buat satey. Kasihan dia... Tapi takkan nak tinggal dirumah sorang-sorang ? Walau tidur lewat untuk bangun hingga matahari terpacak kat kepala adalah bukan saya. Kecuali jatuh sakit! Pada saya jika kita bangun pagi banyak kerja yang boleh diselesaikan.
Paling tak best entry ini pada saya, tiada gambar. Bawa kamera tapi rasa tak larat nak ambil gambar, nak ambil gambar muka sendiri adalah tak releven untuk dipaparkan. Muka comot berarang dan berminyak.
No comments:
Post a Comment