Pages

Friday, October 28, 2011

This Is My Card! -Saya Memang tak malu.

Ingat lagi itukan ayat yang selalu Sam guna dalam cerita 2 + 1 tahun 1990-an tak silap saya. Namun apakah perasaan si pemilik kad perniagaan pula? Adakah saja-saja nak glomour atau apa ?! Pada saya ia menunjukkan kesungguhan kita sebagai pemilik bisnes card ini dalam melakukan perkhidmatan atau produk yang kita jual seperti yang tertera dalam kad itu. Sebenarnya saya nak cerita bahawa saya sangat teruja sebab dah punya kad perniagaan sendiri. Cita-cita nak buat sejak lima tahun lepas. Tapi rasa malu, tak yakin menguasai diri. Saya percaya apa yang saya dapat pada hari ini, kita telah sedia untuk melaluinya!

"Ko malu tak kipas satey kat tempat orang lalu lalang ?"
Pertanyaan Azrai di Private Message saya pada suatu petang lalu meminta saya baca pengalamannya di blognya. Biar saya jawab di sini. Sebenarnya tak terfikir pulak rasa malu, bila di tanya macam tu baru terfikir malu ke tidak. Jawapannya saya tak malu ! Teringat bila diminta untuk bakar satey di bangunan perniagaan memang sesuatu yang sangat menggembirakan. Bayangkan anda disediakan tempat bakar satey di atas bangunan, di kawasan hotel yang tak semua orang boleh lepak - agak-agak kalau tak ada urusan ada peluang berada ditempat sebegitu? Ketika adik belum kahwin dan cuti hujung minggu, kami sama-sama bakar satey. See ! Jurutera bakar satey ?!! Tak malu pun. Apatah lagi saya yang setakat kerani cabuk yang bekerja di pejabat cap ayam jantan berkokok! Pada saya sekarang bukan masa untuk jadi macam "tauke ramai pekerja" - duduk kat pojok tengok saja orang bakar satey. Semuanya masih dipermulaan. Semua kena buat sendiri -d alam makna lain belajar buat dengan manual. Tiada mesin bakar satey dan tiada mesin cucuk satey !

Jadi kesimpulannya, bila kita tunjukan kad bisness bermakna - kita perlu bersungguh-sungguh dan jangan rasa malu !




2 comments:

  1. Good job.. hehe.. aku pun pnah bdak2 tanya mcm tu.. tu yang aku buat entri ni>

    http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com/2011/10/adakah-perlu-malu-untuk-menjadi.html

    Kalu nak malu, aku pnah kerja buat longkang kat Sg Abong tu lpas abis SPM..

    ReplyDelete
  2. Pada kau lagi malu duduk tak buat apa2 tapi berangan2 mahu kaya.

    ReplyDelete