Pages

Sunday, December 25, 2011

Petua Masak Kari Sedap

Resepi kari bagaimana yang anda suka ? Mungkin ada yang menggemari kari mamak sebab tidak bersantan. Ada juga yang menggemari kari yang menggunakan susu cair. Ada juga yang lebih suka resepi kari Melayu asli iaitu menggunakan santan. Oh! Saya tidak bercakap mengenai kari mana yang baik untuk kesihatan, tetapi kita sedang bercakap tentang petua yang menyedapkan masakan kari kesukaan anda itu! Emak saya pernah berpesan, untuk mendapatkan rasa kari sebenar, kari perlu dimasak menggunakan periuk, bukan kuali. Sebab apa? Tidak pula dijelaskan ! 

Cuma secara logiknya pada pendapat saya kari yang dimasak menggunakan periuk segala ramuan akan sebati dan diserap ke dalam masakan berbanding kuali sebab cuba kita lihat fizikal periuk dari atas ke bawah sama bentuknya, malah tudungnya pula sama saiz, berbanding kuali yang fizikalnya tidak sama dari atas ke bawah yang memungkinkan ramuan kari tidak akan sebati. Benarkah ? Saya serah pada anda untuk menilai petua ini!
Gambar dari Google

2 comments:

  1. lagi sedap kalau guna periuk tanah, macam orang Melayu lama. family saya lebih suka kari dari rempah buatan sendiri aje.

    ...dan gulai kawah, apa istimewanya dengan gulai kawah tu, ya...

    ReplyDelete
  2. Kak Cik, Gambar kawah tu selingan. ha3! saya teringan family angkat di UPP dulu, siap giling rempah sendiri untuk masak kari.Tapi mmg sedap.

    ReplyDelete