Pages

Friday, February 17, 2012

Bila Pelanduk Sudah Punya Kad Pengenalan

Bila sebut pelanduk mesti terfikir, "Pelanduk Dua Serupa" yang membawa maksud seseorang yang berwajah sama. Jika pertama kali mesti kita tenung-tenung dia. Betul ke dia ? Eh! Bukan ke dia kat sinun! Takkan kat sini pulak!? Kalau kita ternampak pelanduk dua serupa adalah seorang pelakon, maka kita kan tonton drama lakonan dia dari Episod 1 sampai ke sudah. Tak cukup dengan itu tengok lagi kat You Tube. Siap boleh hafal dialog dia lagi, maklum tengok beratus kali. Isk! Isk! Hebat penangan pelanduk ni.

Biasa yang kita rasa sangat excited dengan pelanduk ni mesti seseorang yang kita cukup rapat dan kenal. Kalau takat kenal-kenal, ajak-ajak ayam makan, tak de maknanya nak excited sampai macam tu. Mesti dia seorang yang istimewa atau musuh ketat yang pernah buat kita tersungkur ketika zaman remaja dulu. apa dia buat hanya kita yang tahu. Teringat saya SMS Kak Chik @ Kak Nusrah bila bercerita tentang pelanduk kepadanya."Sedih... parut lama, belum boleh melepaskan dan memaafkan?" Pada saya memaafkan tidak perlu menyebut, kerana ia tidak ikhlas. Bagi tuan punya yang melakukan kesalahan pula rasa macam nak buat salah lagi, sebab dia kan pemaaf. Maafkan dalam hati. Tapi untuk melupakan adalah tidak! Biar ia tersimpan dalam kanvas lukisan lalu yang akan di bingkai dan di patrikan untuk dijadikan cerita pada anak cucu suatu hari nanti. Ehemmm!

Bagaimana anda jika terjumpa pelanduk yang berwajah sama dengan anda? Secara peribadi saya pernah terjumpa pelanduk berwajah saya di Hospital Pakar Sultanah Aminah. Saya pandang dia, dan dia pandang saya. Tapi dia imbasan saya ketika awal 20-an lalu. Tersenyum. Tapi tak sempat menyapa.  Dari gaya dia mungkin kakitangan hospital. Tapi tidak pasti samada dia seorang doktor, bahagian pentadbiran atau seorang Pekerja Sosial. (pekerja sosial jangan di lupa, base line saya)

Tapi jika pelanduk sudah miliki kad pengenalan, mesti sudah tak glamour pelanduk lagi. Sebab bila salah orang tak boleh nak berkata "Maaf, salah orang, saya ingat awak dia. Rupanya pelanduk dua serupa!". Sebab pelanduk akan tunjuk kad pengenalan, "This is my card!"




2 comments:

  1. melepaskan sehingga tidak ada sekelumit pun rasa terkilan atau marah... itulah kemaafan yang ikhlas sebenarnya, dan ia sukar
    manakala melupakan itu adalah mustahil

    ReplyDelete