Pages

Wednesday, February 22, 2012

Vanilla Dan Coklat Saling Memerlukan!

Seusai Drama Bersiri Vanilla Coklat menerusi Slot Lestari, saya terima s-m-s dari Kak Chik @ Nusrah, begini bunyinya,

"setahu saya vanilla tidak mempunyai warna..tapi apasal esen vanilla berwarna coklat pulak"

Ayo... Yo! Soalan apakah ini ? Adakah Kak Chik sedang mencipta kek yang berperisa vanilla atau sedang berada bawah pengaruh Drama Vanilla Coklat lakonan Aiman dan Izara yang mencatat penonton seramai 2.9 juta orang pada episod ke sepuluh ?! Saya menggaru kepala yang memang tak gatal ni!
Lalu pukul 4.30 pagi saya bertanya kepada En. Google, soalan apakah ini? Lalu di jawab selamba oleh En. Google tentang asal usul Vanilla. Saya ringkaskan fakta menarik tentang vanilla ini kat bawah.
Vanilla adalah sejenis pokok orkid. Bagi menghasilkan perasa vanilla, ia memerlukan bilangan tenaga kerja yang paling ramai didunia, oleh itu harganya mahal di pasaran. Ia mengambil masa tiga tahun sebelum berbunga dan sembilan bulan untuk matang sebelum boleh dituai. Selepas itu ia akan dirawat dengan air panas dan diletakkan di bawah cahaya matahari selama dua minggu sehingga saiz buah akan berkurang sebanyak 20%. Kemudian diperam selama sebulan atau dua bulan untuk melengkapkan penghasilan haruman dan rasa vanila. Oleh sebab prosesnya yang lama dan mahal maka 97% vanilla di pasaran bukan asli, tetapi berbentuk sintetik.
Jadi untuk soalan Kak Chik itu, ini jawapan saya,
Jawapan pertama, MUNGKIN vanilla essence berwarna coklat disebabkan proses pemeraman yang lama.
Jawapan kedua, MUNGKIN vanilla essence itu sintetik.

Mengikut Teori Drama Vanilla Coklat pula, vanilla dan coklat saling memerlukan bagi melengkapi kehidupan mereka. Kita lihat vanilla itu tidak berwarna, ia memerlukan coklat untuk mewarnai satu kanvas kehidupan. Kerana tidak berwarna bukan teori sebuah warna lukisan. Apatah lagi warna sebuah kehidupan!

Coklat yang dibentuk dari warna cyan, mageta dan yellow memerlukan sesuatu yang tidak berwarna untuk melembutkan warnanya agar ia dapat membiaskan segala warna yang tersimpul disebalik warna yang membentuknya. Agar kehidupan jadi warna-warna indah bak pelangi yang terhasil dari hujan ditengahari.


Walau coklat percaya vanilla tidak berwarna, tetapi semakin lama bersama vanilla semakin harum dengan bauan keserasian sesuai dengan teori penghasilan vanilla itu sendiri. Penuh keharuman jika semakin lama mengenali hati budinya!

Em...Pada saya walau apa warna kehidupan pilihan kita, seharusnya kita saling menghormati warna pilihan kehidupan orang lain. Walau pada mata kita tidak menarik. Sebab, kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Walau tanpa kita sedari. Juga untuk melihat indahnya kehidupan ini yang penuh dengan magisnya jika kita lihat dengan mata hati.


No comments:

Post a Comment