Sejak akhir-akhir ini entah mengapa saya jadi betul-betul kemaruk dengan streng kereta. Pantang dapat streng mahu merempit saja.
Muar - Melaka,
Muar - JB,
Muar - Pontian
-setakat ini sahaja pun. Cerita macam iye-iye saja!
Tapi yang hairan, ai tak penat, penumpang pula yang penat lebih-lebih! Maka saya tahulah bahawa ilmu pindahkan penat saya menjadi!. Maklumlah sejak dapat aura Si Manis 19 ni. Semua mahu dicuba!. Baru nak mengenal dunia katakan! E-H-E-M!
Tentulah bila ada sesuatu yang berjaya menjentik kapsul masa lepas lalu ia merebakkan rasa dan semangat jadi muda remaja. Seronok juga membayangkan diri umur 19 tahun. Bebas meneroka apa sahaja untuk mencorakkan kehidupan sebab segalanya baru, polos lagi POYO! Seiringlah dengan pengambilan suplemen baru nampak sehati berdansa dengan jiwa dan aura umur 19 tahun.
Ketika berumur 19 tahun, saya masih memakai pakaian seragam sekolah dan tercatat pada lencana berstatus 'pra-universiti'!. Memang selamba lagi besar kepala dengan status 'pra-u'. Konon sudah berjaya menjejakkan sebelah kaki ke universiti. Pakai stokin pun tak mahu berwarna putih tapi berbelang-belang macam kuda belang tersesat dalam sekolah! Bila dah semangat umur 19 tahun, channel radio pun bertukarlah. Jika dulu dengar Sinar, sekarang Hot FM, tak pun Suria. Mahu dengar muzik terkini - katanya! Lagu apa agaknya tu!
Beberapa hari lepas saya ditugaskan untuk ke Pusat Perdagangan Pontian. Pertama kali meneroka bandar Pontian. Bandar ini juga dikenali sebagai Tanah Paling Selatan Di Benua Asia, kedudukan ini juga dapat dilihat dengan jelas bila kita menilik peta dunia. Berada pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebenarnya tak sempat berjalan-jalan. Sekadar menyiapkan tugasan rasmi di syarikat juruaudit lalu bertemu Tuan CEO. Selesai semuanya tepat waktu Zuhur. Cuaca yang panas tidak memungkinkan untuk melangkah untuk menikmati keindahan laut.
Pusat Perdagangan Pontian ini memang berada di tepi laut. Biarpun cuaca panas, tapi bila nampak air ia memang mendamaikan. Terutama bagi kaki sentap! Ia juga strategik bila hampir segalanya boleh diperolehi tanpa perlu memandu jauh-jauh. Cuma parkir kereta disuatu tempat, lalu biarkan kaki anda untuk berjalan. Sebab kawasan perniagaan, hotel, tempat shopping, tempat makan-makan semua berdekatan. Kata aura 19 tahun ! Mesti perlu katakan pada diri anda bahawa anda larat berjalan kaki!
Teringat perbualan dengan CEO syarikat, beliau bertanya samada saya telah menerima kad jemputan yang di pos.
"Ingat anak Encik yang nak kahwin!" Saya merujuk kepada anaknya yang masih menuntut di Korea.
Lalu Tuan CEO membalas.
"Eh! Adik saya la yang nak kawin. Anak saya baru 19 tahun, Tak terfikir pulak saya nak kawinkan dia!"
Ummpp...
No comments:
Post a Comment