Vanilla Coklat(VC) lagi ?! Saya ada tulis why VC ? Boleh baca kat sini. Saya perasan dalam kebanyakkan episod terakhir drama Melayu 'sangat tidak menarik'. Tidak seperti pada awal episod ! (Sejak bila saya menjadik pengkritik drama ni? Adui! ). Bila saya baca blog di sana sini tentang VC, buat saya tahu betapa ramai penulis skrip dan pengarah rupanya !(termasuk yang cakap). Ada kalanya buat saya ketawa terguling-guling! Saya faham yang menulis remaja dan yang membaca ni mak orang!
Sebelum tu saya suka dengan watak-watak emak orang dalam slot ini. Sebab bagaimana mereka berkomplot untuk memperbaiki keadaan. Walau mereka adalah surirumah yang kehidupan berkisar tentang dapur dan televisyen tapi mereka boleh memikirkan suatu untuk meredakan kemarahan dan menyatukan kembali persahabatan suami masing-masing. Mereka menyebelahi suami, tetapi dalam masa yang sama mereka di sisi anak masing-masing. Nampak macam talam dua muka, tapi itu adalah tanda kebijaksaan isteri dan ibu. Mungkin juga faktor mereka juga punya latar pendidikan yang baik, belajar dari drama televisyen atau makan Omega buat mereka cukup bijak berkomplot walau hanya berjawatan surirumah.
Baiklah, secara peribadi saya mahukan episod terakhir ini 'mengikat' keseluruhan cerita ini. Setakat ni cuma terfikir mengenai 2 benda aje. Pertama, berkaitan kehidupan mereka sebagai pelajar. Adakah perkahwinan ini membuat mereka bersama-sama cermelang dalam pelajaran ? Hubungan dengan kawan-kawan di kolej, adakah ada masa untuk bersama kawan-kawan atau ke hulu hilir asyik berdua sahaja! Sebab sepanjang pengalaman saya di kampus, mereka yang sudah berkahwin pada usia muda ini tidak lagi mahu bercampur dengan kawan-kawan. Sebaliknya suka menyendiri, tidak aktif di kolej : tapi carik kawan bila tugasan tidak siap, yang lagi best bila kena 'keluar padang' mereka menggunakan alasan, suami tak izin, pregnant tak boleh buat tugasan luar. Sudahnya, mereka memang beruntung bila kawan-kawan baik hati meletakkan nama pada tugasan padahal tiada apa-apa sumbangan pun. Sebab saya percaya slot ini ditonton oleh ramai remaja yang masih menuntut, hopely ada sesuatu yang akan mereka pelajari, bukan sekadar berkata I Love You !
Saya mahu tahu lagi tentang watak antagonis dalam VC ni. Sebab tanpa watak antagonis ada apa dengan protagonis. Tiada maknanya. Liyana mahu jadi kaya dengan mencari lelaki dari keluarga kaya, part time juga menjadi pelacur untuk mewah. Kamal, bukan orang berada tetapi berada di kolej atas tiket mendapat tajaan kerana kecermelangan. Berkawan dengan Zara dengan mengharapkan dapat jadi menantu doktor. See, semua ada target cuma matlamat tidak menghalalkan cara. Mengapa mereka mahu kaya dalam keadaan apa cara sekalipun? Mesti ada jawapan.
Mengapa saya mahu tahu tentang antagonis ni ? Hakikat kehidupan ini kita tak lari dari watak antagonis dan protagonis dalam diri. Sebab manusia dalam Bahasa Arab sendiri adalah mumasil, iaitu kata dasarnya adalah pelakon. Manusia itu adalah pelakon. Walau siapa kita.
No comments:
Post a Comment