Pages

Thursday, February 9, 2012

Vanilla Coklat

Selepas Nur Kasih jadi fenomena sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Vanilla Coklat! drama bersiri di Slot Lestari TV3. Bukan setakat remaja yang meminati, tapi mak-mak orang turut menanti setiap episod.
Selain dibarisi oleh pelakon utamanya yang cantik dan kacak, tema yang dekat dihati masyarakat, adegan romantik  versi remaja yang mak-mak orang rasa jadi kembali muda bila menonton. Bak kata seorang kawan jadi angau sekejap. LOL!

Sebab lain drama ini nampak menarik kerana watak utama dilakonkan oleh mereka yang masih dalam KATEGORI UMUR REMAJA! dalam konteks Malaysia remaja adalah mereka yang berumur dari 12 hingga sekitar awal 20-an. Sebab jiwa remaja bukan dibuat-buat kerana ia adalah anugerah khas untuk remaja! Oh ya! Drama ini dibintangi oleh Aiman Hakim Redza sebagai Amir (peserta Mentor 5) dan Izara Aishah sebagai Zara (pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010) sebagai pelakon utama.


From Mr Google

Pada mulanya tema agak klise, iaitu bermusuh lalu terpaksa jadi suami isteri! Nampak macam biasa sangat temanya! Tapi sebab APA mereka disatukan oleh keluarga itu nampak buat ia sangat menarik! Kalau drama biasa atau dalam situasi masa kini persoalan mengapa kahwin muda apatah lagi ketika menuntut dan diatur oleh keluarga akan timbul persoalan mungkin terlanjur, mungkin si lelaki kena jadi Pak Sanggup, atau keluarga terhutang maka perkahwinan di atur sebagai penebus hutang, atau mungkin mak bapak tak sanggup nak didik anak jadi kahwinkan untuk bebas dari tanggungjawab.

Sebaliknya dalam Vanilla Coklat kedua-dua remaja ini mereka yang tahu menjaga diri walau seorang sudah punya teman lelaki dan seorang lagi digelar playboy kerana digilai oleh ramai gadis, mereka disatukan oleh keluarga yang bersahabat baik dan amat menyayangi anak mereka. Lalu perkahwinan diatur atas dasar percaya bahawa perkahwinan itu mampu menjadikan anak-anak mereka lebih bertanggungjawab dan berdikari.   

Selain itu Vanilla Coklat mengangkat tanggungjawab sesama ahli keluarga untuk membimbing pasangan muda ini dalam melayari rumahtangga, dengan membiarkan Amir dan Zara tinggal berasingan dari keluarga masing-masing supaya mereka lebih mengenali serta tidak mahu campur tangan ibu bapa akan membantutkan 'misi' utama perkahwinan ini. Sebaliknya kehadiran orang tengah iaitu 'Untie' yang dihormati dan disayangi oleh Amir hadir dalam rumah mereka. Tujuan orang tengah ini adalah untuk membimbing pasangan ini bukan setakat nasihat,  tetapi tunjuk ajar yang 'manis' tanpa masuk campur dalam urusan kedua remaja ini tanpa unsur bias antara keduanya. 

Apa lagi ye? Paling penting Amir dan Zara itu sendiri yang sedar bahawa perkahwinan itu bukan permainan, dalam masih bermusuh mereka cuba untuk berubah, menawan hati dengan mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan dan dalam diam saling hormat menghormati hingga terbit rasa cinta di hati mereka! Dan yang pastinya percintaan selepas pernikahan itu sendiri lebih manis kerana ia lebih tulus.

Jika anda buka blog saya sebab mahu sinopsis drama Vanilla Coklat ini, maaf saya tidak tahu kesudahan drama itu,(walau dalam minda saya seperti tahu apa kesudahannya). Tunggulah, sekarang baru episod ke 8, ia cuma ada 13 episod sahaja. Mungkin perlu saya kupas dilain entry? mungkin! (Kalau rajin)

No comments:

Post a Comment