Pages

Tuesday, February 14, 2012

Rezeki Dari DIA

Satu benda yang selalu bermain di minda dari dulu untuk melakukan kerja-kerja pejabat dari rumah ! Akhirnya jadi kenyataan! Itulah hikmah di balik peristiwa Dhuha Terakhir. Yup! Hilang pekerjaan dalam sekelip mata, sebulan tiada pekerjaan. Dan Alhamdulillah orang tutup satu pintu rezeki untuk saya, Allah buka 10 pintu rezeki untuk saya. Dalam tiada pekerjaan dan disebalik orang sangat bimbang dan sibuk akan nasib saya yang tiada pekerjaan. (bukan mahu menolong pun! sekadar mahu menolong bersorak!), masih ada duit mengalir ke dalam akaun untuk dibelanjakan. Rezeki Allah beri dari perkongsian Shaklee melalui blog begitu murah di saat genting. Alhamdulillah.

Dan, 10 Fenruari lalu saya telah ditawarkan pekerjaan baru. Masih dalam bidang perakaunan dan pentadbiran. Tetapi ruang kerja saya hanya dirumah, dan hanya sesekali ke pejabat. Masih bergaji sama. Alhamdulillah! Melakukan kerja dari rumah memang lebih mencabar dari di pejabat. Sebab memang kena displinkan diri. Iyelah mana dengan keluarga, dengan kerja-kerja pejabat, nak updates blog lagi, nak buka email. Memang sangat mencabar! Contohnya bila kena buat kertas kerja bukan semudah disangka jika idea kering, begitu juga untuk menulis blog. Gagal mencari faktor X dalam penulisan maka gagallah untuk menarik trafik ke blog. Maka selalu menjadi burung hantu, pusing tetikus ke sana-sini, mana tau burung hantu dan tikus boleh jadi bahan penulisan yang menarik !

Oleh itu ini adalah pengalaman jika anda memilih untuk melakukan kerja-kerja pejabat di rumah, displin dan kerjasama ahli keluarga amat-amat penting.

Apapun Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ini.



No comments:

Post a Comment