Pages

Wednesday, February 15, 2012

Tentang Rasa

Saya masih ingat ketika dunia muzik tanahair diserang oleh Sang Garuda ketika awal 2000 dulu. Hadirnya umpama hujan lebat yang tak mampu lagi di tadah oleh halwa telinga. Sebut saja nama kumpulan apa, dari spesis pari-pari, keramat, tak cukup dengan itu, nama angka yang dipijak oleh Sheila pun ada. 

Corong radio usah cakaplah! tekan butang sana 'made from Garuda' tekan sini 'made Garuda mari'. Terasa macam menumpang kat negara sendiri. Rasanya sekarang ni dah reda sedikit, dan sekarang Garuda datang lebih suka solo. Pada saya lagu kat bawah ini akan jadi lebih popular dari penyanyinya sendiri sebab ia 'berlari' bersama drama bersiri Vanilla Coklat (VC).

Lagu ini bertajuk Tentang Rasa dan di nyanyikan oleh Astrid, penyanyi baru dari seberang dalam single pertamanya. Bakatnya dicungkil dalam Festival Band SMA Surabaya dalam Kategori Vokal Terbaik. 


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Lirik ini mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa hidup bersama dengan orang yang tidak disukai. Puas sudah mencari titik persamaan dalam hati masing-masing tapi masih gagal. Mungkin juga selalu berperang, bertumbuk, ber 'tomoy'. Mereka keliru dan tidak tahu bagaimana mahu terus bersama sebab tiada rasa cinta dihati masing-masing. Sehingga 'mungkin' ada peristiwa yang membawa mereka pada satu titik persamaan untuk terus bersama dan mengharapkan agar perhubungan itu akan terus kekal hingga akhir hayat.

Tiba-tiba saya rasa geli hati bila membaca komen di muka buku tentang VC ni. Katanya haram hukumnya Zara dan Amir berpeluk sebab realitinya mereka bukan suami isteri. Betul, memang HARAM ! Tak nafikan! Tapi ambil sahaja nilai yang baik yang tak baik jangan ikut! Hakikatnya industri drama dan filem tanahair masih belum setanding dengan Negara Iran. Walaupun watak sebagai pasangan suami isteri, ia dilakonkan dengan penuh simbolik dan tersendiri. Jangan tidak tahu Barat sendiri mengiktiraf industri drama dan filem Iran.

Masih teringat cerita pak cik saya ketika zaman kecil-kecil dulu, "Kalau tengok cerita kat tv ke ,wayang ke, cuba bayangkan kita adalah  watak yang dilakonkan, apa rasanya. Lupakan tentang entah berapa kali pelakon kena 'cut' dan 'action', untuk satu-satu babak!"

Jangan pula anda hanya bayangkan yang indah dan romantik dalam VC sahaja, yang perempuan mahu jadi secomel Zara dan lelaki mahu jadi cool dan romantik seperti Amir. Ah! Sudah. Cuba bayangkan kisah TARZAN, dan anda Tarzan itu. Bergayut dari satu tempat ke tempat. Amacam?!



No comments:

Post a Comment