Pages

Friday, March 2, 2012

Cerita Tentang Kasut Dan Selipar

Apa kes cerita tentang kasut dan selipar ni ? Sebab sejak mula belajar berjalan ia adalah benda penting dalam hidup kita. Saya tidak tahu bagaimana anda mendefinasikan antara kasut dan selipar. Tapi ikut pemahaman saya ketika menuntut di UUM dulu, kasut mesti berbentuk tertutup walau tidak bertumit bagi wanita. Jika terbuka mesti bertumit sekurang-kurangnya satu inci. Kasut lelaki pula mesti tertutup keseluruhan. Tetapi jika hanya menutupi bahagian depan tapi terbuka dibelakang atau kasut ketupat ia untuk acara kasual. Selipar pula berbentuk bermaksud kasut leper tanpa tumit dan terbuka bagi wanita.

Berapa banyak kasut anda ada ? Anda suka kasut atau selipar ? Secara peribadi saya suka pakai selipar yang leper sahaja ke mana-mana, terutama sejak saya menghadapi masalah sakit tumit yang agak serius. Tiada lagi kasut bertumit tinggi. Bila dah sembuh pun rasa lebih selesa berselipar sahaja. Sebenarnya bila memakai kasut bertumit rasa berkeyakinan, juga untuk menambah ketinggian. Saya tidak punya berapa ketinggian, cuma 162cm, jadi bila pakai kasut tumit rasa tinggi la....

Tapi pagi tadi saya memakai kasut bertumit saya ketika memandu. Rasa memang memudahkan pemanduan. Sebab tumit kasut mengawal antara clutch (ejaan?), minyak dan break. Tidak tergelincir. Mungkin selepas ni dalam kereta kena sediakan sepasang kasut dan sepasang selipar. 

No comments:

Post a Comment