Pages

Monday, March 5, 2012

Pasaraya Kehidupan

Pasaraya kehidupan tidak mengenal istilah percuma. Cepat atau lambat, kita perlu membayar apa saja yang kita ambil dari pasaraya ini -Hazrat Inayat Khan

Saya terima sms dari Kak Chik semalam. Mungkin dia tahu saya tiada idea untuk menulis, apa lagi untuk merapu meraban. Terima kasih kak !
Indah kan bait kata-kata di atas.
Tentang pasaraya. Tentang kena bayar. Kalau bayar guna kad kredit ? Kena bayar jugak kan?

Saya mengganggap pasaraya kehidupan adalah apa yang kita mahukan. sebab disitu semua ada. Kita mahu baik, buruk, antagonis, protagonis, tentang cita-cita, impian ~ terpulang pada kita. Maksud bayar ialah setiap apa yang kita pilih akan ada kesan pada kita, pengorbanan. kesan apa yang kita ambil dari pasraya itu. Contohnya kita pilih mahu berjaya dalam perniagaan dari pasaraya kehidupan. Kita kena bayar dengan rajin berusaha, sanggup menghadapi risiko untung rugi, kena jemuh dengan kawan-kawan. Macam ayat begini, "Ko lepasan degree, keje macam ni aje! tengok aku, berkasut tumit tinggi, Ko ada? pakai selipar toilet ke sana-sini ". E.H.E.M.

See...

Cuma bezanya dalam pasaraya kehidupan kadang-kadang kita tidak mampu untuk memilih, kerana ada 'barangan kehidupan' yang memang kita kena ambil secara pakej. Apa dia? SUKA dan DUKA. Akan silih berganti. Tiada akan kekal suka disepanjang hayat dan tiada yang kekal duka disepanjang hayat. Sebab suka dan duka ibarat alunan antara warna putih dan hitam yang saling bersimpul untuk mencantikkan corengan warna pelangi pada kanvas kehidupan.

Ibabat siri drama romantik komedi juga pun ada suka dukanya, inikan pula kehidupan. Penuh dengan warna-warni. Setiap orang memang kena memasuki pasaraya kehidupan. Tiada pilihan. Jika tidak kehidupan akan bungkam dan sepi. Tiada bermakna!

No comments:

Post a Comment