Serius tajuk macam blog budak-budak. Aha! Saya rasa pelik bila di tanya "Siapa Mentor awak?" Maka ada yang menjawab " Mentor saya adalah Faizal Tahir". Pernah terkena tak ? Seolah-olah perkataan mentor hanya untuk program pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian sahaja. Padahal Mentor baru musim ke 6. Hasil keluaran Mentor siapa yang sedang popular sekarang ? Saya cuma nampak Black mentor 4 dan Aiman Hakim RIdza(AHR) Mentor 5 sahaja. AHR pun berlakon bukan dalam bidang nyanyian. Yang lain ?
Nampaknya bila dengar perkataan mentor ingat program itu. Bagus juga mengaitkan sesuatu untuk mengingat. Tetapi bila dengar azan tak pula mengaitkan dengan bersiap untuk ke surau atau masjid atau bangun untuk Solat Subuh. Tiba-tiba saya teringatkan 'sesuatu' yang dilakukan oleh AJK masjid di Parlimen Pagoh untuk menarik orang ke masjid. Serius ai tak terfikir pun apa yang mereka lakukan. Ah! Nanti saya share di lain entry. Tak seronok bercerita tanpa gambar.
Balik tajuk asal tentang perkataan mentor. Mungkin ketika mentor dijenamakan mereka mahu mencipta nama program yang mudah diingat. Jadi orang akan kaitan mentor dengan program berkenaan.
Siapa mentor kita ?
Walaubagaimanapun saya tidaklah menolak hiburan Mentor. Tidak sesekali. Sebab saya sempat menonton juga tapi sekadar menonton lagu-lagu yang dinyanyikan tribute untuk Hattan. Sambil menonton kita iron baju untuk seminggu ye ! Pada saya yang buta muzik ini, lagu yang sedap didengar ditelinga dari segi susunan muzik dan vokal mereka. Tidak bingit.
No comments:
Post a Comment