Semalam ketika saya mengemas khazanah lama, aku terjumpa album lama ketika menuntut dulu. Saya belek-belek satu persatu. Gambar zaman remaja. Lalu saya memilih dua keping gambar ini sebab kedua-duanya melibatkan perkataan AKHIR. Apa yang akhir?
Gambar pertama adalah projek universiti terakhir. Projek ini melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Mengambil dua semester untuk merancang, bermesyuarat, bergaduh, bertumbuk, bermasam muka, dan yang sewaktu dengannya. Memang perlu diakui berurusan dengan badan keselamtaan mereka amat teliti dengan masa. Dua semester yang rasa tak aman, tidur tak nyenyak, mandi tak basah memikirkan segala kemungkinan gagal atau berjaya. Apa lagi bila menerima kutukan dari 'puak haluan kiri' kerana projek memerlukan banyak kos apatah lagi melibatkan pasukan keselamatan walaupun pihak universiti memberi sokongan. Tahukan siapa orangnya. Saya tak akan sebut. Mungkin saja mahu bakar semangat remaja yang sentiasa panas membara. Walaubagaimanapun terima kasih untuk Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) atas kerjasama yang tak terhingga banyaknya, terutama tak silap Encik Najib.
Sesuatu yang paling indah untuk dikenang adalah bila kita berada dalam keadaan tertekan ada sesuatu yang kita dapat zahirkan lebih dari apa yang dirancang. Tentang persembahan muzik jalanan bersama alunan gitar yang hanya dizahirkan idea kira-kira 4jam sebelum persembahan bermula. Sampai sekarang masih terasa manisnya. Terima kasih Pak Su a.k.a Aruan And Band. Jauh berbeza dari acara yang disusun dan dirancang dengan teliti yang akhirnya mengundang pertengkaran. Mungkin ketika itu kita lupa berdoa pada Allah untuk memudahkan segala apa yang kita rancang yang bakal dirancang. Korang tau kan acara mana yang kacau bilau tu?
Tapi paling terasa dijiwa bila menerima skrip pantun yang bermutu tinggi dari pasukan keselamatan itu. Memang ada yang tidak tidur malam merangka jawapan. Tak main pantun anak itik anak ayam kan ! Serius! mereka ambil berat sesuatu yang melibatkan kredibiliti.
Paling manis bila projek ini mendapat anugaerah projek terbaik universiti untuk tahun 2002. Walaubagaimanapun tiada siapa antara mereka dalam gambar diatas yang naik ke Pentas Muazzam Shah menerima anugaerah ini. Sebab semua sudah meninggalkan kampus. Jadi yang naik adalah 'puak haluan kiri' yang masih ada satu semester itu yang dulu memperkecilkan kemampuan remaja yang digelar tidak cukup akal ini dulu 'bikin' projek mega. Kita halalkan ajelah ye kawan-kawan.
Sesuatu yang dirasakan bila projek ini berakhir rasa happy sangat-sangat ! Seriusly! Rasa-rasa bukan aku sahaja, tetapi semua yang terlibat dalam pembikinannya! Boleh tidur dengan aman dan damai sebab tiada lagi panggilan bermesyuarat, bertengkar lalu berdamai dengan makan di Nongka Kolej Eon. Masih adakah lagi kafe nama Nongka di UUM ? Saya pun tak tahu.
Mana yang dua semester nak dating tak sempat, masa ni la kembali ber'dating' semula. Tapi ada sesuatu yang terasa. Kekosongan! Sebab dua semester dipenuhi dengan kelas dan perbincangan demi perbincangan, dan bila semua telah berakhir, bila bangun dari tidur termenung, tiada lagi sebarang mesyuarat. TIADA. Sepi. Semua buat hal masing-masing. Apatah lagi Kertas Latihan Ilmiah memerlukan tumpuan lebih.
Mana yang dua semester nak dating tak sempat, masa ni la kembali ber'dating' semula. Tapi ada sesuatu yang terasa. Kekosongan! Sebab dua semester dipenuhi dengan kelas dan perbincangan demi perbincangan, dan bila semua telah berakhir, bila bangun dari tidur termenung, tiada lagi sebarang mesyuarat. TIADA. Sepi. Semua buat hal masing-masing. Apatah lagi Kertas Latihan Ilmiah memerlukan tumpuan lebih.
Gambar kedua ini juga tentang akhir. Sebab mereka adalah rakan sebilik terakhir secara tidak sah. Hah? Maksud aku begini. Hanya nama aku yang ada dalam senarai penghuni bilik ini di pejabat kolej kediaman dan HEP. Mereka hanya menumpang dibilik aku. Shida sebenarnya tinggal dibilik lain. Tapi suka makan tidur dibilik aku. Chintana pula buat SSL di Jabatan Hal Ehwal Akademik(HEA). Tapi bagus juga sebab jika aku tinggal sorang-sorang maunya meremang roma dengar kisah-kisah mistik blok C Telekom ni. Di hari-hari akhir baru aku tahu bilik mana yang ada kes bunuh diri suatu tika dulu. Nasib sepanjang 6 semester aku tak tahu bilik mana yang dimaksudkan. Kalau tidak..... Maklumlah kadang-kadang sampai bilik pukul 2 pagi.
Ketika gambar ini diambil adalah hari terakhir Chintana dibilik aku sebab sudah mendapat panggilan kerja. Dan aku pula sedang menghitung hari untuk final exam dan melangkah keluar dari kampus. Shidah ada satu semester lagi.

Secara jujur jika mereka yang ada dalam gambar ini tidak suka saya publish gambar ini sila beritahu untuk saya remove. Sebab ada sesetengah orang tidak suka melihat sesuatu yang tertinggal dibelakang sebab ada kisah yang tidak enak dikenang. Sebab saya sendiri cuba untuk melontar segala yang tak indah untuk dikenang pada pagar masa lalu, agar hanya yang indah-indah walau dulunya pahit yang tertinggal pada hari ini.
yoo...porjek terbaik ker? mcm x percaya ajer..semua tinggal kenangan..miss u all..Al-Fatihah juga utk arwah Ratino..
ReplyDeleteYup projek terbaik UUM 2002. Cz tu En Razak masih ingat n simpan gambar projek ni dalam bilik dia. Aku pernah tanya En Razak. Yup Al-Fatihah untuk Arwah. Nanti aku buat entry yang ada gambar-gambar Arwah.
Delete