Pages

Friday, March 16, 2012

Jumaat ; Vanilla Coklat ; Google

Jumaat yang indah. Penghulu segala hari. Saya sedang membaca tentang kelebihan sujud dalam solat, ia mampu melegakan sistem pernafasan selain kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh. Uniknya Solat yang di fardukan bagai umat Islam.

Saya menerima sms dari Kak Chik yang berbunyi antara lain "Ada penutup Vanilla Coklat (VC) dalam Memoirrienn(MR) ?" Ummp! Rasa dah basi mahu menulis tentang VC. Tapi demi Kak Chik saya akan cerita juga. Rating Vanilla Coklat pada episod akhir adalah 4.5 juta penonton, salah seorangnya adalah saya. 

Sebelum itu saya mahu bercerita tentang Kak Chik sebab banyakkan saya bercerita tentang dia. Kak Chik tidak seperti kita yang boleh mendengar. Menonton TV sekadar gambar dan hanya berharap pada sari kata. Tidak meminati VC tetapi kegilaan saya menulis tentang VC buat dia cukup teruja untuk menonton. Selalu miss sebab sibuk dengan perniagaannya. Lalu selalu SMS saya untuk mengetahui jalan cerita kerana jika menonton di You Tube tiada sari kata. Tapi saya salute dengan Kak Chik sebab tidak mengharap untuk bekerja makan gaji sebaliknya membantu meneruskan perniagaan keluarga.

Sambung balik cerita tentang VC. Happy Ending, tetapi watak antagonis macam tergantung mungkin bagai ada persediaan untuk diangkat sebagai filem yang akan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd dengan kerjasama produksi asal drama ini iaitu Asia Media Content. Selain mengekalkan pelakon asal, ia juga akan melakukan pengambaran di Paris atau Rome. Tapi saya sangat tertarik dengan skripnya yang indah pada scene akhir. Bagai ada magisnya sebagai klimak episod. Dialog Amir pada saya sangat indah pada scene akhir, "Tuhan tu Maha Adil. DIA memberikan you kepada I dan You memegang semua kunci kelemahan dan kelebihan yang ada pada I. Terima kasih"
Cerita tentang drama ini tidak sah jika tidak di usik dengan runut muzik atau lebih mudah disebut OST. Drama popular lagu ikut popular. Jika sebelum ini orang tak kenal pun siapa Geisha, siapa Astrid sekarang peminat 4.5 juta yang tonton tu kenal penyanyi tersebut. Perasan tak lagu kumpulan Sixth Sen kerap dijadikan OST drama TV ? Lagu Kau Penerang yang dinyanyikan oleh Sixth Sense feet Saujana punya makna mendalam. pada saya.Pertama kali dengar ia seumpama tentang rasa cinta pada seseorang dua kali dengar adalah untuk Tuhan Yang Satu.

Selain itu, kegilaan saya menulis tentang VC telah menjadikan pelbagai carian dari blog saya ini berkaitan Vanilla Coklat dan pelakon utamanya, jika ada 10 orang yang berkunjung ke blog ini, 9 daripadanya mencari berkaitan VC dalam blog ini. Jika tulisan mengenai VC pada entry yang lepas saya ada menulis tentang pencarian tentang Aiman Hakim Ridza(AHR) di google pada masa kini adalah antara terhangat, dan blog picisan saya ini juga menjadi medan carian mengenai AHR.

Antara yang unik tentang pencarian mengenai Aiman adalah "berapa tinggi Aiman Hakim Ridza" Agak-agak berapa? Mengikut apa yang di twit oleh Aiman , ketinggiannya adalah 185cm atau 6 kaki 1 inci. Bagaimanapun pencarian lain-lain yang lebih personal tentang AHR tiada di blog saya. Walaubagaimanapun terima kasih kerana berkunjung ke blog saya ini. Membaca tentang VC pada sudut pandangan saya. Terima kasih sekali lagi! Tapi kalau mahu mencari cerita tentang AIMAN DANISH boleh cari apa sahaja mengenainya dalam blog saya ni. Ai tak tipu!

Ada seorang kawan, "VC dah habis, apa kata ko beri pandangan mengenai drama sekian, sekian, dalam blog ko pulak, mesti best! " 
Pada saya 'fenomena' ini hanya sekali. Tidak untuk kali kedua. Berlaku secara tidak sengaja.   
Tapi paling saya takut bila suatu hari nanti My Aiman berkata " Mama ni banyak sangat tengok drama lah, tu asyik berdrama aje!"
LOL


No comments:

Post a Comment