Pages

Tuesday, March 13, 2012

Lagu Pembangkit Semangat

Pernah tak ketika anda memandu tiba-tiba mendengar satu lagu yang membuatkan anda rasa ia menyerap dalam seluruh sendi dan otot semangat anda ? Lagu tu bukan berkaitan dengan patriotik pun. Lagu biasa. Bukan berentak rancak pun. Lagu ballad. Tapi kita rasa bersemangat pulak. Layan sajalah perasaan itu.

Oleh itu setiap kali memandu mahukan lagu itu bergedumang. Padahal kalau mahu lagu tu buka saja you tube, bersepah-sepah. Pada saya aura bila disiarkan di radio ia jadi lain macam sikit. Mungkin sebab seluruh dunia boleh mendengar lagu itu saat itu walau berlainan waktu.

Tiba-tiba rasa teramat bersemangat. Mahu terbang. Mahu tulis blog setiap hari. Mahu mop rumah sampai berkilau lalu kena pakai kaca mata hitam sebab terlalu berkilat. Mahu buat kertas kerja dalam masa seminit.(Ada ke?).

Jangan tanya saya lagu apa yang saya maksudkan? Bak kata Dato' Siti Nurhaliza biarlah rahsia. Saya pasti setiap anda ada satu lagu yang mencetuskan rasa semangat itu. Rasa berbunga-bunga. Atau apa rasa yang membawa aura potisif dalam diri ketika itu. Saat itu.

Kalau memandu dan My Aiman di sebelah, dan tengok saya rasa happy dengan satu-satu lagu, dia akan cakap, "Apa pasal Mama ni?"
Lalu dia masukkan CD Yassin dan Tahlil.

Serius, Mak Insaf Nak!


No comments:

Post a Comment