Masih ingatkan cerita saya dalam entry di sini, tentang sesuatu yang saya tak jangka dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid di sebuah masjid di Parlimen Pagoh ?
Tentang apa ni ? Tengok gambar di bawah ni.

Alangkah bagusnya kita ajukan 'iklan' ini di kalangan mereka yang berusia muda yang dalam kategori belia. Tak silap saya dalam konteks Malaysia, belia adalah mereka yang berusia dari peringkat remaja sehingga 40 tahun. Sebab bila golongan ini bila memeriahkan masid nampak macam begitu ramai, hebat, kuat. berbanding mereka yang berumur atau senang cakap pada usia emas.Sebab masjid tidak patut diiktiraf sebagai tempat golongan berusia duduk menghabiskan sisa kehidupan, kerana sisa kehidupan tiada siapa yang tahu dan bukan milik golongan usia emas sahaja. Ia juga milik kita, sebab tak tahu bila kematian itu menjemput.
Pentingnya solat berjemaah memang tidak boleh disangkal lagi.Saya ambil sedikit petikan dari sebuah buku yang bertajuk Mendidik Anak lelaki yang ditulis oleh Adnan Hasan Salleh yang mencatatkan dalam buku Sahih Bukhari Bab Keutamaan Sembahyah Berjemaah, direkodkan Nabi Muhammad memberi peringatan yang keras kepada mereka yang tidak melaksanakan sembahyang berjemaah. Dalam riwayat itu, Nabi Muhammad diibaratkan seperti menyuruh para sahabat mengumpulkan kayu bakar bagi membakar rumah yang penghuninya enggan melaksanakan sembahyang berjemaah.
Rasa-rasa macam akan dapat sms dari Kak Chik kenapa entry saya ini begitu menginsafkan ? Adakah sebab hari ini hari Jumaat ?! Tak ada entry tentang kegilaan dengan drama lagi ke? Ha! Ha! Ha! Adalah nanti......
No comments:
Post a Comment