Tajuk di atas seperti karangan budak darjah 1. Entah-entah budak darjah 1 sekarang tidak lagi menulis tajuk seperti di atas. Siapa agaknya yang tak kenal Robocop ? Adiwira ciptaan barat. Bagi yang tak tahu macam ni rupa Robocop.
Tak silap Robocop asalnya adalah seorang manusia biasa dan bertugas sebagai seorang anggota polis. Sayangnya dia telah mati ketika melakukan suatu misi tetapi doktor mendapati otaknya masih berfungsi dengan baik lalu kehebatannya telah memungkinkan dia diubah menjadi Robocop. Jika Robocop teringatkan anak dan isterinya dia akan menyuntik sendiri ubat bagi melupakannya.
Tapi saya tak mahu bercerita tentang Filem Robocop lah! Tapi saya mahu berkisah tentang sekitar Majlis Aqiqah untuk anak buah baru saya. Tugas yang paling saya tak suka adalah kopek dan hiris bawang. Kalau setakat sebiji dua tak ada hal. Tapi jika hampir 3 kilo ada baiknya tugas ini di beri pada Robocop. Sebab dia pakai topi yang dapat menjamin mata dari rasa pedih. Seriusly ! Tengok gambar kat bawah ni.
Amacam ? Ada sesiapa nak hire "Robocop " ni tak ? Siapa pula yang jadi Robocop ni ? Ini lah dia Baba kepada baby yang di raikan, Qaushar. Topi yang di pakai topi mainan My Aiman. Beberapa kali My Aiman tenung-tenung Pak Saudara dia ni sambil garu kepala yang memang tak ada kelemumur atau kutu.
Apa lagi gambar yang menarik ye sekitar majlis itu ye!? Emm... sebab ia bukanlah besar-besaran. Cukup sederhana dan hanya menjemput keluarga terdekat sahaja.Tiada persiapan besar-besaran. Cukup sederhana. Jadi tiada gambar-gambar yang gah.
Gambar kat bawah ni mungkin menarik juga untuk saya kongsi.
Bila tengok bunga dalam mangkuk ini saya teringat satu drama Inggeris bersiri tak silap tajuknya Chicken Soup For The Soul. Pada saya kisah dalam drama ini memberi inspirasi. Bukan tentang apa yang kita mahukan, tetapi menggunakan apa sahaja tentang kelebihan dan kekurangan kita untuk mencapai apa sahaja yang kita impikan.
Baiklah, berbalik pada cerita bunga dalam mangkuk ada air ni. Kisahnya tentang seorang pelanggan yang meminta perunding perkahwinannya menyediakan hiasan bertema sinergi kinetik pada meja jamuannya. Puaslah si perunding perkahwinannya berfikir untuk mencari sesuatu yang berbentuk sinergi kinetik. Entah bagaimana dia dapat idea itu ketika sedang duduk di atas bumbung. Atas bumbung ko! Tak agak-agak. Kalau macam tu aku tak de idea nak tulis blog pun nak jugak duduk atas bumbunglah! Mana tau dapat idea yang super duper hebat !
Lalu perunding perkahwinan itu telah meletakkan bunga dalam mangkuk besar serta dua ekor ikan kecil didalamnya. Lalu pengantin tu "Oh......." sambil melopong mulut melihat idea itu. Teruja. Terharu. Happy sangat-sangat si pengantin melihat hasil kerja perunding perkahwinanannya itu.
Tapi untuk Majlis Aqiqah ni taklah saya masukkan ikan. Mau kena hambat dengan mak aku !? Hanya kutip bunga-bunga disekitar rumah, letak dalam mangkuk basuh tangan yang dah diletak air. Simple. Bawah gubah sikit sapu tangan buat alas.
Mungkin ada yang tertanya-tanya untuk apa benda kat atas tu ? Itu adat potong jambullah! Jika dulu guna buah kelapa muda tebuk cantik-cantik dan tepinya hias dengan bunga. Kira yang kat atas tu simple sangat. Ni bukan sunat hukumnya. Yang Sunat adalah dalam masa tujuh hari selepas kelahiran adalah beri nama, buat Aqiqah dan cukur rambut baby lalu ditimbang dan dinilaikan dengan emas dan disedekahkan kepada anak yatim.
Bekas ni dibawa lalu setiap ahli surau dalam 30 orang bersalawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sambil memotong sikit-sikit rambut baby itu. Tujuannya biar orang kenal anak si polan polan ni dan nak baby ini mendengar salawat beramai-ramai. Biar hati lembut. Tak mahu keras-keras hati. Ada jugak yang menjawab "Bagus apa keras hati. Mahu berjaya kena keras hati" Hello! Saya maksudkan keras hati tak bertempat ! Entah apa yang dibanggakan dengan hati keras tak bertempat tu! Tapi bab mahu berjaya tak pulak keras hati. Baru ketuk sikit dah tawar hati. Eh! Saya sedang bercerita tentang apa ni ? Ehem!
Tapi paling seronok adalah budak dua orang ni. Lama tak jumpa my Aiman sibuk bertanya bila Qish mau balik kampung, bila dah jumpa bercakar macam kucing dengan anjing sahaja. Ada aje yang jadi bahan gaduh dia.
Majlis kecil tapi penatnya tetap macam buat kerja kahwin. Serius tak tipu. Ke sebab aku merangkap tuan rumah, driver parent ? Entahlah ! Tapi itu semua sweet moment.
No comments:
Post a Comment