Mesti ada yang fikir adakah saya punya 'kegilaan' baru selepas kegilaan menulis tentang Vanilla Coklat (VC) berakhir ? Adakah sekarang kegilaan dengan Mentor 6 mengundang ? Siapa pula mahu jadi sama-sama gila macam saya ni ? Tapi seriusly saya rasa belum terlintas untuk menulis tentang Mentor 6 pun. Cuma mahu bercerita tentang program Mentor Mentee zaman kampus dulu. Jika tidak Kak Chik ingatkan confirm aku memang lupa terus.
![]() |
Foto From This Page |
Saya tidak berapa ingat tentang program ini, memandangkan pada semester akhir ia baru diperkenalkan dan saya tiada satu pun subjek bawah fakulti. Dua dari fakulti bahasa dan satu fakulti kuantitatif. Cuma yang saya ingat untuk 'add' subjek kena jumpa Mentor, minta sign. Pada saya memang tiada pilihan, "Prof suka tak suka , prof kena sign jugak, sebab tinggal paper itu yang saya tak ambil," Serius sengal punya Mentee. ~ Tapi tidaklah saya berkata begitu dengan Mentor saya, beliau pun faham sudah berada di final semester.
"Just do it !"
" You nak pen colour apa ?" Kata Prof sambil menunjukkan 5 jenis warna pen dihadapannya.
"Saya nak red colour. my favarite calour" Ujar saya
" Oh! Ye ke ? I pun suka colour merah, semangat dalam dendam " Ujarnya.
" Iyelah tu Prof " Bicara hati saya.
Lalu Prof pun sign saja di slip 'add paper' saya. Sebelum keluar Prof berpesan.
"Selamat maju jaya. Selamat menemui dunia kerjaya!"
Ada 'rasa' disitu. Sebak. Mungkin ia seolah-olah ucapan seorang bapa kepada seorang anak.
Gembira dapat merasa program itu walau sebenarnya sebagai penuntut 'di akhir garisan' tak banyak yang boleh membantu cuma barangkali nasihat berkaitan dunia kerjaya sahaja yang diperlukan di saat itu. Tapi sekurang-kurangnya menambah koleksi bilik pensyarah yang saya kunjungi walau tiada subjek yang saya ambil di bawah Mentor sepanjang berada di kampus itu. Pandai pentadbiran fakulti arrange.

Sebelum meninggalkan kampus saya lupa mahu berjumpa Mentor saya itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Minta doakan saya agar ilmu yang diperolehi ini bisa dimanfaatkan, paling tidak untuk diri sendiri. Doa saya mudah-mudahan Prof dan isteri Prof Asmah Bee sihat-sihat hendaknya dan masih dapat berbakti pada nusa dan bangsa. Amin!
No comments:
Post a Comment