Laporan akhbar pagi tadi yang terkesan dalam hatiku. Titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengenai dokumen yang ditandatangani raja-raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957.
.............Kami namakan dan kami akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu
..........Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
............Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
...........Kami Isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan
...........Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
...........Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain(kemudian ditambah kedudikan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak
No comments:
Post a Comment