Pages

Wednesday, August 5, 2009

Apa aku merepek ni.................

Pada pendapat saya mengambil tahu urusan negara bukan kita adalah perlu. Itu tanggungjawab kita sebagai warganegara. Adalah sesuatu yang mendukacitakan sekiranya kita menganggap mengambil tahu urusan negara bererti kita minat menceburi dunia politik. Salah! Mengambil tahu bererti kita mengambil tahu berita semasa. Menimbang sesuatu isu dengan timbang tara kita. Tak kisah lah timbang dengan timbang beras ke timbang berat badan ke atau timbang kulinari. Cit! Bukan aku suruh ko sokong parti mana-mana pun.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang bila aku tanya pasal isu semasa mereka menjawab.
Sorry! No comment, tak minat politik. Politik kotor! - Patutlah keluar mengundi pun tak mahu!
Pada pendapat aku, politik tidak kotor, kerana sejak dari zaman Rasullah lagi telah wujud politik. Tetapi mereka yang bermain politik kotor itu yang kotor sebenarnya. Selain itu, kestabilan politik amat memainkan peranan dalam membentuk faktor sosial dan ekonomi negara kita. Mana mungkin, sesebuah negara yang politiknya bobrok, mampu memacu sebuah negara ke arah sosial dan ekonomi yang baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihat, politik, sosial dan ekonomi sangat saling berkait. Macamana mereka boleh berkata, "aku tak minat politik, dalam kepala hari-hari fikir mana nak cari duit lebih". Ada fikir, politik kacau, ko nak cari duit kat mana?! Lu fikirlah sendiri! Negara kita tanggungjawab kita. Patut di hukum mereka yang mencetuskan huru hara itu!

No comments:

Post a Comment