Pages

Tuesday, September 15, 2009

Buat apa malam raya?

'Buat apa malam raya?'
Bila orang bertanya saya soalan itu pada saya, saya dah hampir lupa apa saya buat pada malam raya. Kerana telah dua raya saya di rumah mentua, yang tak buat apa-apa dan masak apa-apa pada malam raya. Yang saya tahu pagi raya tiada menu istimewa pagi raya. Tak tau apa istimewanya hari raya selepas berkahwin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai orang berpendapat, apabila berkahwin isteri menjadi hak milik suami. Jika begitu samalah Islam dengan agama bukan Islam. Islam, amat menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Tiada istilah selepas perempuan berkahwin mereka menjadi milik suami dan mentua sampai kena ikut arahan membabi buta tanpa berkata 'tidak'. Saya memetik tulisan Puan Suzana iatu seorang peguam syarie iaitu 'setiap anak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang hampir sama tak kiralah anak lelaki atau anak perempuan. Islam bukanlah mengamalkan prinsip hidup seperti kaum India. Setelah berkahwin, hubungan anak perempuan dengan keluarganya adalah tidak penting lagi. Malah, saya yakin, prinsip ini tidak lagi diamalkan sekarang ini. Rata-rata menginginkan satu perkara: membahagiakan hidup ibu bapa sendiri selagi hayat mereka masih ada di dunia ini. Bererti, setiap isteri juga berhak untuk kembali ke rumah ibu bapa mereka pada hari raya dan sudah tentulah hari raya yang pertama. Isteri juga ada ibu dan bapa, sama seperti anda. Jika anda ingin menggembirakan ibu bapa anda, sama jugalah dengan isteri anda.'
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Apapun bila saya jadi mentua nanti, saya akan menjadi mentua yang baik, dengan itu saya akan mendidik anak saya agar jadi anak dan suami yang baik.

No comments:

Post a Comment