Duit? Siapa yang tak perlukan duit? Sila angkat tangan! Danish yang baru setahun dua bulan pun 'mata duitan' apa lagi kita ni kan?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ada beberapa isu yang nak aku kongsikan berkaitan wang. Pada pendapat aku pada zaman sekarang, wang memang boleh beli apa saja termasuk kasih sayang antara ibu dan anak. Ada sesetengah ibu bapa akan lebih menyayangi anak yang banyak RM nya, berbanding anak yang kurang RM nya. Dari segi pendapat dan kata-katanya pasti terus akan menerobos ke gegendang telinga ibu bapa, berlainan dengan anak yang tak berduit, walau benar sekalipun kata-katanya, pasti akan ada sekatan demi sekatan digegendang telinga orang tua.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Di mata orang tua juga, anak yang tak berduit ni macam hina sangat, apa yang dibuat semua tak betul. Jika si anak yang tak berduit ni perlukan sedikit duit untuk mencukupkan untuk membeli sesuatu pasti akan ada pertanyaan "ada duit ke nak bayar balik?". Tapi berlaianan dengan anak yang banyak RM nya, jika hendak membeli sesuatu dan terkurang duit, tanpa banyak bicara senang aje membantu, walau hutang lama tak bayar lagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Apapun si anak yang tak berduit tetap diam walau dikata seolah menghina, kerana sedar diri. Walaupun anak yang tak berduit ini miskin, tak punya apa, tetapi sakit pening orang tua, anak yang dikata miskin dan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang inilah yang menghantar orang tua ke hospital dengan kereta buruknya yang selalu meragam.
betoi apa hang cakap tu rin...dalam dunia ni bak kata orang ada duit semua jadi...tapi ignatlah, duit tidak boleh membeli segalanya...jadi, jangan terlalu taksub dengan duit...
ReplyDelete