Pages

Wednesday, September 30, 2009

Telekom oh Telekom

Andai di kata, TELEKOM mesra pengguna, pada aku, tidak sesekali. Nak tau kenapa? Telefon di rumah aku rosak dan aku telah melaporkan kepada yang berkenaan. Pekerja TELEKOM telah datang dan telah memberitahu bahawa telefon telah rosak. Mereka mengatakan sekiranya ingin mendapatkan telefon baru SILA BAWA TELEFON YANG TELAH ROSAK KE KEDAI TELEKOM DAN SILA BELI TELEFON BARU DISANA. Ada logik? Bukankah setiap bulan kena bayar sewa talian samaada guna atau tidak, jadi mengapa tidak tukarkan sahaja dengan telefon baru. Kenapa perlu pengguna membeli? Bukan semua orang berkemampuan untuk membeli telefon baru. Adalah satu ketidakadilan. Sudahlah kena bayar talian samada guna atau tidak, ini telefon rosak tidak mahu ganti, sebaliknya kena beli pula. Sila, sila sekiranya orang TELEKOM terbaca, sila ambil perhatian dan tindakan. Untung-untung juga, kebajikan kena jaga.

No comments:

Post a Comment