Pages

Wednesday, September 30, 2009

Oh Bank!

Aku telah ke sebuah bank merah putih yang bermula huruf C, untuk menukar company stamp. Aku telah diberi borang dan hanya di arahkan untuk ditandatangani oleh pengarah-pengarah. Aku telah kembali ke pejabat, dan kebetulan semua pengarah sedang bermesyuarat di satu bandar. Tanpa berlengah aku telah ke bandar tersebut yang mengambil masa satu setengah jam perjalanan. Sekembalinya aku telah ke bank untuk menyerahkan dokumen tersebut, anda nak tahu apa yang terjadi? Dengan muka kakitangan bank yang tak mesra alam itu berkata,

-

'Dokumen ini tak lengkap, patut director kena tandatangan resolusi'

-

What?

-

Dia ingat senang nak cari director? Apalah salahnya ketika aku mengambil borang tadi, beritahu apa yang perlu dibuat awal-awal.

-

Dah banyak bank aku berurusan setiap hari, tapi tak ada setakat ini memberi perkhidmatan yang sepatutnya aku terima, berbanding 'perkhidmatan' yang mereka terima dari pengguna.

-

What?

-

Tak Faham?

-

Iyelah apa-apa saja yang kita perlu akan di kenakan bayaran perkhidmatan walaupun cuma untuk dapatkan salinan penyata kewangan yang jumlah perkhidmatannya membolehkan aku makan pagi dan tengahari.

---------------------------------------------------------------------------

Adakah kerana aku berpakaian tak glamour, entahlah!

No comments:

Post a Comment