Pages

Thursday, January 21, 2010

Doaku Di waktu Duha ini

Mudah-mudahan cita-cita untuk mewarisi kipas dan arang itu tercapai, kerana aku sudah tak mampu menghadam hidangan yang sama setiap hari di sini. Cita-cita juga ingin mendidik si perchil dengan cara sendiri berhasil. Permudahkanlah dengan berkat waktu Duha ini. Amin!

"Ya Allah, kalau rezekiku ada di langit, Kau turunkan ia berilah kepadaku. Kalau rezekiku ada di laut, Kau daratkan ia berilah kepadaku. Jika rezekiku ada di dalam bumi, Kau keluarkanlah ia berilah kepadaku. Dan jika rezekiku sudah hampir dengan diriku, kau berilah aku peluang menikmatinya. Ya Allah, kalau rezekiku jauh, kau dekatkanlah. Yang lambat kau percepatkanlah. Yang haram kau halalkanlah. Jadikanlah aku seorang cukup dengan rezeki yang kau beri. Jadikanlah aku seorang yang tahu bersyukur, banyak memberi dan sedikit menerima”

No comments:

Post a Comment