Aku rasa cukup kelakar bila membaca kisah budak cerdik disuruh menjual ubat. ubat sakit sendi pula tu! Sungguh tak masuk akal ! Apa kaitan antara genius dengan jual ubat sakit sendi pula? Budak tu ke yang mencipta ubat-ubat tu ? Tambah kelakar lagi, budak itu 'dipergunakan' untuk memberi ceramah motivasi. apa kelulusan budak tu untuk memberi motivasi.
Sepatutnya, orang-orang disekelilingnya tidak menggunakan kecerdikannya untuk mengaut keuntungan yang tidak masuk dek akal itu. Walau sepintar mana pun dia masih kanak-kanak, yang dia cerdik cuma pantas mengira sahaja, yang lain rasanya masih sama macam kanak-kanak yang seusia dengannya. Jadi hantar sahaja ke sekolah, belajar pandai-pandai, seimbangkan otak kanan dan kiri, cerdik IQ dan EQ baru boleh motivasi orang. Ni sijil pun ko tak ada. L.O.L
Mungkin ada yang cakap, suff#yah ada sijil kenapa jadi macam tu ? Sekurang-kurangnya ibu bapa dia sekolahkan dia, dan membuktikan yang dia benar-benar pandai maths. Bukan syok sendiri.
No comments:
Post a Comment