Pepatah dulu ada mengatakan "menjaga anak perempuan macam menjaga 1 kandang lembu" itu yang menyebabkan ada yang tidak kisah apa yang anak-anak laki mereka lakukan. "biarkan, pandai-pandailah dia nak hidup". Berbeza dengan anak perempuan, kena dijaga kerana nanti akan "mencoreng arang dimuka orang tua".
Padahal, anak lelaki ke perempuan sama saje, kena dididik, di asuh sama rata agar menjadi harapan pada keluarga, bangsa dan negara.Sejak dari kecil, sepatutnya sama-sama di asuh tentang erti tanggungjawab kepada insitusi rumah. Saya lihat ramai yang tak kisah jika anak laki2 merambu tak tentu hala, hanya pulang ke rumah sekadar untuk makan dan tidur. berbeza dengan anak perempuan, "dipaksa" ? Iye dipaksa melakukan kerja-kerja rumah yang sepatutnya dikongsi bersama dengan anak lelaki.
Kesannya, bila anak-anak meningkat remaja, lihat, anak-anak mana yang ramai memenuhkan universiti ? Bila meningkat dewasa dan berumahtangga pula, lihat berapa ramai laki-laki ini yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah semata-mata untuk membantu isteri yang dikatakan "tercinta". Boleh dikira dengan jari kan? Lihat juga isteri yang perlu mencari rezeki untuk kelurga kerana suami malas bekerja? Ramai jugakan?
Kesimpulannya, tanggungjawab mendidik anak, tidak mengira laki-laki atau perempuan perlu sama rata.
No comments:
Post a Comment