Ketika saya belajar dulu, saya akan menulis tarikh disebelah kanan dibahagian atas muka surat buku nota sebelum mencatat apa yang 'diborakkan' oleh pensyarah.
Entah kenapa ketika jiwa sedang kacau, pada suatu malam saya telah membuka nota lama saya ketika zaman kampus Sintok itu. Satu demi satu catatan itu saya buka. Baru saya perasan bahawa di atas tarikh nota kuliah itu juga adalah diari saya setiap hari. Biasanya diari itu saya hanya mencatatkan ayat ringkas tanpa menyebut nama sesiapa. Contoh, "Aku terjumpa dia di library tadi". Banyak-banyak nota lama, nota subjek SW3626 iaitu krimonologi oleh Dr Teh Yik Khoon menarik perhatian saya kerana begitu banyak catatan di atas tarikh. Mungkin dalam kelas Dr Teh tu tempat 'sekumpulan penjenayah' berkumpul. atau mungkin juga ada seseorang yang menarik perhatian.
Ada satu catatan yang buat aku ketawa, kerana sebenarnya aku telah lupa mengenainya
"Dia tanya pada aku, kosong lagikah aku?" - Siapa? aku benar-benar dah lupa siapa yang aku maksudkan kerana aku memang tidak pernah menulis nama 'siapa' pada nota kuliah aku demi keselamatan. Yelah! nota-nota itukan kadang-kadang kawan pinjam atau yang paling aku takuti takut nota itu hilang dan dijumpai kembali oleh orang yang aku tulis namanya. Tak ke kes haru tu?
No comments:
Post a Comment