Kenapa kita bila kawan-kawan mula berniaga kita suka minta diskaun?
Adakah dengan cara itu akan membantu kawan kita untuk maju berniaga ?
Sepatutnya sebagai kawan yang menyokong hentikan dari sikap suka minta diskaun tu. Lain la kalau orang tu dah maju, berniaga dah balik modal, ini belum-belum ko dah minta diskaun. Macamna nak balik modal ? Bila gagal, kita sebagai kawan, ketawakan dia, tanpa sedar, kita sendiri yang menjadi punca dia gagal awal, sebelum berjuang. Fikir-fikirkanlah, bukan soal berkira atau kedekut, tapi sesetengah permulaan perniagaan memerlukan modal yang banyak, bukan takat modal tenaga sahaja untuk menghasilkan sesuatu produk. Jika awal-awal sudah diskaun di minta, sebenarnya kita sebagai kawan benar-benar mahukan dia lingkup dalam perniagaan!
No comments:
Post a Comment