Pages

Thursday, March 4, 2010

Jatuh Ditimpa Tangga Dan Terhempap Batu

Aku paling tak suka orang bertanya,
"ko sekolah mana dulu, sebelum ke sini?"

Bila aku cakap sekolah itu! pasti ada yang gatal mulut, tanya lagi,
"kan lepasan sekolah itu senang-senang dapat tajaan kerajaan negeri ke negara timur tengah? nape ko tak terus belajar di sana?"

Amik ko rin! mahukah aku khabarkan pada seluruh alam, yang aku kena buang sekolah tu kerana gagal dalam semua subjek bahasa arab yang aku ambil ? har! har!
Aku pecah rekod kerana selama ini tak ada pelajar yang pernah gagal dalam semua subjek kecuali aku !
Aku tidak berbangga dengan kegagalan itu.
Sungguh! Masih aku rasa betapa sukarnya untuk aku beritahu pada ayah aku saat itu.
Kenapa boleh gagal ? Sehingga saat ini aku tidak punya jawapan.
Cuma sikap aku yang mula tidak berminat dengan displin yang tidak menepati piawai darah muda aku jadi punca segalanya.
Ketika itu umur aku 17 tahun, dengan subjek SPM dan Bahasa Arab, ada 21 subjek yang perlu aku genggam kemas.
Tapi semuanya tiris dari genggaman.
Bahasa Arab entah ke mana begitu juga SPM. Ye! SPM pertama aku mendapat PANGKAT 3 !
Masih aku ingat betapa hancurnya hati orang tua aku, apalagi dengan cakap-cakap bengong orang disekeliling.
Apa yang aku buat?
Aku ambil semula SPM di Maktab Adabi Maharani. Tapi SPM kali kedua aku juga tidak berapa baik. Seolah-olah aku masih tidak belajar dari kesilapan lalu. Sungguh!
Apa lagi harus aku buat ni?
Hendak bekerja atau kawin! LOL!
-------------------------------------------
Atas nasihat kawan-kawan aku memohon ke sekolah bantuan kerajaan untuk mengambil STPM. Sementara itu aku belajar 6 bawah di Maktab Adabi Maharani.
Aku digelak oleh ahli kelurgaku sendiri.
Budak banggang yang SPM cukup-cukup makan nak ambil STPM ?
"Ko dah giler!" - Itu kata orang - SILA ABAIKAN
"STPM ke Sijil Tunggu Peminangan Orang ?" - Itu kata orang lagi - SILA ABAIKAN

Permohonan aku untuk ke sekolah pilihan tidak diterima kerana kuota sekolah itu telah penuh, tetapi aku diberikan sekolah lain.
Bila tiba di sekolah itu, aku terkejut kerana cuma ada 10 orang pelajar Melayu di Tingkatan 6 Atas.
Dari 10 orang pelajar Melayu, cuma ada seorang pelajar lelaki -Sila jangan tanya saya ke mana pelajar lelaki lain ye, kawan-kawan.
Berada dalam kelompok kritikal menjadikan aku benar-benar berdaya saing, enggan dikata sebagai 'pemenuh kuota pelajar Melayu'.
---------------------------------------------------
3 bulan selepas peperisaan STPM adalah debaran.
Ketika esok keputusan STPM aku terdengar suara.
"Keputusan tak baik tak payah belajar. Kerja aje!"
Aku diam.
Aku mengambil keputusan peperiksaan pada petang hari kegemilangan itu, sejam sebelum pejabat tutup. Aku takut dan malu bertembung dengan kawan-kawan lain.
Aku masuk pejabat dan mak cik kerani tersengih dan beri aku slip. aku tengok perlahan-lahan.
Apakah?
Em... tak cermelang dan tidak buruk.
Alhamdullilah.
Kerana di situ bermula 1 kehidupan baru. Terasa seperti dilahirkan semula selepas jatuh ditimpa tangga dan terhempap batu.

4 comments:

  1. perghhh. sy juga nak ckp awak ni gile! tp abaikan saja sebagaimana awak abaikan kata2 org bengong yg terdahulu. ekekekeke :P

    sy suka cerita ni. tp sy tak puas baca. ada lagi details yg belum diceritakan tak?

    pd sy, SPM tu bukan apa2lah. tak membantu pun dlm pencapaian hidup. tp, klo suruh sy ulang, sy takmo. kahkahkah! koser la nak bukak buku addmaths balik. huh, tobat! oleh itu, sy tabik sebab azrinna ada daya juang utk repeat SPM :)

    errr. adakah kita sebaya? kalo ya, boleh cakap aku-engkau. tp klo sy lagi muda, sy tak suka panggil orang kakak. orang panggil sy kakak, takpe. kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. Ada detail lagi. Saya nak citer pasal apa sebab pesekitaran sekolah itu tidak menepati citerasa saya.
    Kita tak sebaya, saya lebih tua dari awak. saya amik SPM yang pertama 1995. Agaknya mio baya adik saya. Dia pun X UTM, skudai dan grand tahun 2003

    ReplyDelete
  3. kalau saya kat tempat awak, x tau saya akan buat apa? mungkin saya akan sambung darjah 6 sekolah agama dan tamatkan sekolah agama. Ulang SPM mungkin jugak sbb saya pasti mak saya akan paksa saya ulang. gagal adalah rencah hidup yang pahit...

    ReplyDelete
  4. biasalah rin...semua orang mengata kalau kita gagal...buat kebaikan orang payah nak cakap, tapi bial buat buruk seluruh umat bercakap...

    ReplyDelete