Pages

Thursday, March 4, 2010

Penjenayah ditakdirkan menjadi penjenayah?

SATU subjek yang cukup aku minati ketika di universiti adalah yangberkaitan dengan undang-undang jenayah. Tak silap aku ada 1 paper wajib iaitu kriminologi dan 1 paper pilihan iaitu pemulihan. Kedua-duanya berkisar mengenai sejarah jenayah, undang-undang dan hukuman.

Satu teori sejarah kuno telah menyatakan mereka yang melakukan jenayah telah ditakdirkan menjadi menjenayah sejak dari alam rahim. Pendapat aku, sebagai orang Islam bukankah kita diminta untuk berdoa kearah kebaikan dan doa juga menolak takdir.

Satu lagi teori kuno adalah mereka yang melakukan jenayah telah lahir pada zaman yang salah, mereka patut lahir pada zaman batu yang kesalahan yang mereka lakukan akan dihukum tebuk kepala kerana mengikut teori pada zaman itu, dalam kepala ada syaitan. Apakah? Pendapat aku, banyak jenayah pada hari ini adakah disebabkan mereka yang melakukan sepatutnya lahir pada zaman batu ? Silap baget kot! hah?!

Cuma aku nak citer, betapa susahnya subjek kriminologi, terkenal dengan killer paper! Bayangkan dari 150 orang yang ambil subjek itu dalam 1 semester hanya 40% yang lulus.Pensyarahnya bercakap tanpa henti selama satu setengah jam. Cara ambil nota tulis apa yang dia cakap walau batuk-uhuk! nanti habis kelas salin balik dan tanpa kita sedari batuk-uhuk! itu ada nota disebaliknya. Selepas itu, kita bandingkan nota dengan kawan-kawan lain dan tambah mana yang kurang. kadang-kadang kawan kita siap tulis pap!-tanda pensyarah tepuk pipi sendiri- ada nota disebalik tepukan itu. Apapun terima kasih Dr. Teh.

6 comments:

  1. kahkahkah! bab ambik nota tu memang lawak gile :P

    tp sy rasa nota sebegitu, tahap keberkesanan mengingat adalah tinggi. sebabnya, ada sentuhan jiwa yg menyebabkan kita ingat lebih lama.

    best betul subjek macam ini. ini course apa yek?

    ReplyDelete
  2. Course pengurusan kerja sosial. Memang sosial.

    ReplyDelete
  3. tapi kriminologi mcm subjek yang menarik...

    p/s:peminat tegar CSI

    ReplyDelete
  4. mardiah,
    Yup! mmg menarik. buku2 rujukannya pun pelik2 n menakutkan. Tenaga pengajarnya back ground undang2. suara entah brp voltan cz even kelas besar dia berckp tnpa mic. lgi 1 doc teh ni akan bawa payung even tak ujan n tentu tk pns cz kelas ptg dh nk mgrib. nanti saya akan tulis kenapa dia bwa payung ke mana saja. ada kaitan dgn kriminologi ni!

    ReplyDelete
  5. Rin, lagi satu yang aku ingat..dalam buku ada tulis struktur wajah penjenayah salah satunya mempunyai rahang yang besar..tu yang dari dulu kalau tgk org, aku tgk rahang dia dulu..jadi habit plak dah..walaupun tahu tu semua kdg2 tak betul pun..haha!

    Tapi mmg best kan subject ni. Aku tak penah ponteng walaupun aku dulu mmg kaki ponteng..kihkih!

    ReplyDelete
  6. Ye. ada juga sejarah kriminologi berdasarkan bentuk rahang. teringat masa zaman study, sapa yg memiliki rahang yang luas selalu di gelar 'devian' oleh student BSWM. mmg sadis!

    ReplyDelete