Perkataan kriminologi dan Dr. Teh memang tidak dapat dipisahkan ketika aku berada di kampus suatu masa dulu. Terbayang seorang wanita yang berusia pertengahan 40-an yang masih memegang gelaran bacelor. Memakai skirt pendek bawah lutut dan ditangannya tidak renggang dengan payung besar tanpa mengira panas atau hujan. Mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan undang-undang dari sebuah universiti luar negara.
Menariknya untuk aku ceritakan adalah payung yang dibawa kemana-mana. pada suatu petang ketika hari-hari terakhir berada dikelasnya, seorang pelajar telah bertanya kepadanya.
"Dr. kenapa doc. bawa payung ke mana sahaja pergi ?'
Soalan kawan itu di jawab dengan senyuman
"Ada cerita, pada suatu malam ketika saya dan beberapa orang rakan keluar makan malam, ketika ingin menuju ke kereta tiba-tiba ada motosikal menghampiri rakan saya dan cuba meragut beg tangannya. Dengan pantas saya ayunkan payung ini, dan entah kuasa apa saya dapat, saya telah memukulnya dengan hampir pengsan !"
"Oooooooo........." rakan-rakan kelas terlopong mendengar cerita seorang lec. yang memang killer.
"Sejak itu, kemana saya pegi memang akan ada payung bersama saya"
"Oooooooooo" Bertambah Ooooo lagi kelas yang tamat ketika hampir menjelang magrib itu.
Lantar Dr Teh menyambung.
"Saya menganggap payung ini adalah pencegah jenayah!"
-----------------------------------
Sejak itu, ramailah rakan-rakanku yang membawa payung ke mana sahaja. Sungguh besar pengaruh Dr. Teh
gud idea. ku suka bawa torchlight n pisau dlm bag. torchlight berat. so blh swing jek handbag kalau pape kes. payung pun pernah gak (yg panjang yg pendek kurang efisien)
ReplyDeleteyup! payung yg dr. teh bawa payung panjang & bercangkuk. mungkin fungsi dia if si peragut itu lari, maka dia blh cangkuk leher si peragut.
ReplyDelete