Pages

Tuesday, March 9, 2010

Sahabat

Sahabat



Dalam terpaksa kita perlu berpisah
Dalam terpaksa kita perlu berjauhan
Dalam terpaksa kita perlu berenggang
Kerana mungkin untuk kebahagiaan
Kerana mungkin untuk mencari kebenaran
Kerana mungkin untuk hindari perasaan lain yang terpendam.
Takut ada luka yang mendalam
Takut ada dendam yang terpendam
Takut akan kesangsian pada kejujuran
Jika ini berterusan
Kita mungkin bermusuhan
Kerana kita bukannya gunting dalam lipatan.



HCT:ARU WAN
 
Tersenyum membaca bait-baik puisi ini.Indah. Terkena batang hidung sendiri. Nasib hidung ku tak mancung jika tidak mesti kelihatan kemek.

No comments:

Post a Comment