Pages

Wednesday, March 10, 2010

DERA SANA DERA SINI

Bila sana sini bercerita pasal dera dan sana sini menyalahkan pihak nun atau nin - jadi rancak bila ditambah kopi panas dan goreng pisang- sambil tangan menyedut asap rokok yang mengandungi nikotin. Wah! heaven gitu ! 
Lama-lama hilang, pastu muncul kembali.
Kelakar jika ada yang mengutuk dan memberi pelbagai jalan penyelesaian tanpa melihat ke dalam hati. apa yang berlaku sebenarnya dan memahami ? Atau dalam istilahnya, empati - bukan simpati.

Rata-rata kita melihat kes penderaan ini bermula dari sosiobudaya yang orang pandang hila - hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. Dalam istilahnya dikenali sebagai teori putaran ganas kemiskinan. Bermakna ibu bapa berasal dari mereka yang miskin dan gagal mengubah nasib untuk menjadi lebih baik dan kemiskinan ini diwarisi oleh anak-anak pula. Bukankah dalam Islam ada menyatakan bahawa kemiskinan boleh menyebabkan manusia kufur?

Jadi apa yang berlaku? Apalagi beb! STRESS. Mak pak stress anak-anak juga STRESS. Jadi mak pak tak kuasa nak amik tau apa yang anak-anak buat - lihat, disini kita boleh detect kenapa mak pak tak kisah anak bersekedudukan.

Kemudian, kita berjalan lagi untuk mencari apa lagi punca masalah dari aspek psikologi. Bila dah stress apa agaknya yang orang lakukan? Secara tak langsung cari objek lemah untuk melepaskan segala rasa - marah - benci - meluat sebagai mekanisma helah bela diri -untuk mengatakan ko dah separuh tak betul ! Boleh gitu?. Yang paling lemah dalam insitusi rumahtangga adalah anak-anak, jadi mereka digunakan sebagai punching bag - disepak terajang.

Bila dah sekali sepak terajang, wujud rasa bersalah, maka tercari-cari jalan keluar, lalu dadah diambil sebagai mekanisma untuk melupakan seketika rasa bersalah.

Oh.... oooo aku bercerita seperti aku menghasilkan jawapan pop kuiz zaman kampus.

"Siapa nak markah tambah 5% boleh buat soalan pop kuiz ni, hantar ke bilik saya hari ni juga, sebelum pukul 3 petang !"

Ambik ko ! Siapa yang tak mahu 5 % tu !

No comments:

Post a Comment