Pages

Wednesday, March 3, 2010

Nongka Di Kolej EON UUM

Nongka, terletak di Kolej Kediaman Eon laluan B. Dihadapannya adalah kolej Petronas. Tidak jauh dari Mall dan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). buka pada sebelah petang, sekitar pukul 5.30 petang hingga 12.00 malam. Pada bulan puasa dibuka hingga 2 pagi tak silap aku. Menu yang biasa kau makan kat sini ialah tom yam, telur mata kerbau dan teh tarik. Tempat ini tempat perjumpaan aku dan kawan-kawan yang paling meriah. Namun selepas semua grand, kecuali aku dan beberapa lagi yang tinggal, tempat ini jadi tempat yang cuba aku hindari, kerana hati tak mampu menahan rasa rindu pada kawan-kawan yang dah pergi. Tapi jika kerinduan itu bertandang, aku ikutkan juga hati ini, makan bersendirian di situ sambil melihat matahari perlahan-lahan turun.

No comments:

Post a Comment