Pages

Wednesday, November 24, 2010

Rasullah Nikahi Aishah Ketika Umur 6 tahun Atau 18 Tahun?

Ketika zaman sekolah ai di ajar yang Rasullah menikahi Aishah ketika berusia 6 tahun, sehingga ai terbaca beberapa siri perbincangan mengenai tajuk ini di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Berikut adalah beberapa fakta yang ai ingin kongsi :- atau anda sudah tahu kecuali ai yang tak tau.
  • Jika Aishah bernikah dengan Rasullah pada umur 6 tahun dan baginda berumur 51 tahun bermakna Aishah lahir ketika Rasullah berusia 45 tahun iaitu 5 tahun selepas baginda menjadi Rasullah sedangkan dikatakan Aishah menjadi saksi kerasulan Baginda dan menjadi orang ke 18 memeluk islam ketika berumur 7 tahun.
  • Selain itu turut dikatakan keempat-empat anak Abu Bakar dari kedua-dua isterinya lahir pada zaman Jahiliyah
  • Satu sifir yang menarik iaitu Rasullah menikahi Aishah ketika baginda berumur 51 tahun. Menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Jarak masa itu 11 tahun. Aishah memeluk Islam ketika berumur 7 tahun. Lalu 11 tahun + 7 tahun = 18 tahun ketika Rasullah menikahi Aishah. Dan tinggal bersama sebagai suami dan isteri ketika Aishah berumur 21 tahun.
  • Asal yang meriwayatkan pernikahan Aishah dan Rasullah ini adalah diceritakan oleh Hisham bin Urwah setelah berpindah dari Madinah ke Iraq pada usia 71 tahun. Sebagaimana kita tahu ketika sesorang berumur 71 tahun biasanya mempunyai masalah ingatan yang kurang jelas. Sehingga Malik bin Anas menolak riwayat Hisham. Begitu juga Ya'qub bin Syaibah yang mengatakan "Hisham seorang perawai yang dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang diceritakan setelah dia berpindah ke Iraq"

Kesan percanggahan pendapat ini:-

  1. Ia menjadi modal golongan kuffar dengan mengatakan Rasullah telah menikahi menikahi kanak-kanak. Atau dalam bahasa kita kanak-kanak bawah umur. Sehingga ada yang menjadikan isu ini sebagai point untuk menikahi kanak-kanak seperti yang berlaku baru-baru ini.
  2. Percanggahan pendapat ini menjadikan umat Islam bersungguh-sungguh untuk mengkaji,mempelajari dan mendalami hadis untuk mendapat kesahihan tentang sesuatu perkara.
  3. Perkahwinan Aishah ketika berumur 18 tahun dan tinggal bersama ketika berumur 21 tahun adalah sebagai umur yang wajar mula seorang wanita untuk menjadi isteri.
*Sumber rujukan: Utusan Malaysia 17 dan 19 November 2010

No comments:

Post a Comment