Aku terkenang-kenang zaman menyambut kelahiran kamu, Danish! betapa ceteknya ilmu. Dah la tak mahu menimba ilmu, malas membaca ilmu berkaitan. Di tambah lagi dengan wujudnya 'kaunter-kaunter pertanyaan' yang hanya berlandaskan 'pengalaman melahirkan'. Aha! biasalah. Malas membaca bermakna tiada ilmu, Sedangkan Ayat Al-Quraan pertama yang diturunkan kepada Baginda Rasullah Solollah Alaihi Wassalam adalah Iqraq. Itupun aku tk belajar dari peristiwa itu.
Yang aku tahu hanya buka blog atau laman web yang penjual barang asas bayi. Padahal ada benda penting yang perlu aku tahu seperti bagaimana menyusukan bayi. Bila lahir Danish aku tak tahu bagaimana untuk menyusukan. Timbullah idea dasyat dari orang sekeliling yang menyuruh menyuakan dengan madu, air suam dan paling best, bubur tepung beras ketika danish berumur 4 hari. Lolz. Biasalah orang yang tak berilmu dan tak berpengalaman sentiasa menjadi mangsa keadaan. Redha ajelah!
Oleh itu bila melihat mereka yang mahu menyambut kelahiran pertama sibuk membeli barang-barang itu ini ingin saja aku bertanya, ada beli buku itu, ini? ada pergi kursus penyusuan ibu? ada baca laman web atau blog parental? Paling tidak aku bertanya ada beli majalah Pa&Ma ? Jika tidak juga aku rasa macam satu bebanan (boleh aku anggap begitu?) untuk memberitahu pentingnya persediaan dari segi mental dan fizikal. Jika tiada apa-apa ilmu di dada bagaimana ingin mengahadapi kelahiran?
Dan aku juga punya satu perangai akhir-akhir ini, jika kawan-kawan penyambut kelahiran bayi tak kira anak keberapa, pasti buku menjadi hadiah. Kerana kadang-kadang makin ramai anak makin mudah seseorang itu akan cuba mewarisi tradisi menjadi 'kaunter pertanyaan yang salah berdasarkan pengalaman'.
Betu tu rin, kita dulu teruja nak beli barang2 baby je. Benda yang paling penting macam penyusuan bayi langsung tak terlintas di fikiran. Sudahnya, masa dalam pantang tu la terkial-kial nak belajar tu semua..
ReplyDeleteMal,
ReplyDeleteTul tu aku pun macam tu. Malu dengan diri sendiri bila kenang-kenang kenaifan lalu.