Menurut Dr. H. M Tuah dalam buku Bukan Main Lagi, perkara pertama sekali sebagai ibu bapa perlu lakukan adalah minum air masak banyak-banyak kerana ia boleh menenangkan dan kembalikan emosi pada tahap alpha iatu arus ketenangan. Selain itu, ibu bapa boleh mengambil vitamin B yang bertindak sebagai penenang dan multivitamin untuk lebih bertenaga. Ini aku cakap, bukan Dr. H. M Tuah.
1) Semak - Bawa anak berjumpa mereka yang pakar supaya tahap kecerdasan emosi dan IQnya dapat diukur. Kerana kadang-kadang latar belakang keluarga yang berada dalam keadaan senyap tiba-tiba ada kanak-kanak yang lasak dalam keluarga itu lantas kita mengatakan dia hyperaktif.
2) Faham - Join support group dan parenting skill-training supaya lebih memahami anak supaya meningkatkan kemungkinan dia membesar seperti orang yang normal.
3) Latih - Tidak perlu tegas tapi konsisten. Contoh jika tidak boleh duduk diam di satu tempat cuba pegang tangan dia dengan lembut kemudian ajak dia duduk diam.
4) Puji bila betul - Berikan pujian bila dia melakukan sesuatu seperti yang kita arahkan. Contoh puji jika dia makan dengan tertib.
5) Layan - Jangan dilarang apa yang dilakukannya walau agak bahaya, tetapi pantau sahaja. Jika terlalu bahaya barulah larang.
Beri ruang gerak yang cukup supaya dia boleh guna seluruh tenaganya. Kalau dia ingin ke padang bola, bawa saja. Mana tau datang minat bergaul dan dapat mendisplinkan diri. Kerana kawan-kawan yang betul selalunya akan membetulkan dia, dengan syarat kawan-kawan yang betul ni ramai, kalu tidak, kawan-kawannya pula yang akan jadi hyperaktif.
6) Cakap- Minta dia selalu bercakap, kerana anak hyperaktif susah berkomunikasi kerana sibuk dengan dunianya sendiri. Kerana secara teorinya sekiranya dia bercakap tentang apa yang kita rasa bahaya dia tidak jadi melakukannya. Boleh tak kalau kita anggap bercakap itu sebagai sesuatu untuk melepaskan apa saja yang ada didalam jiwa.
No comments:
Post a Comment