Teringat janji dengan Kak Chik untuk cari khasiat nenas. Entah macamana ketika belek-belek Majalah Rapi keluaran 1 Ogos 2007 jumpa info tentang nenas. Ha apa lagi.....
Korang tau macamana rupa buah nenas? Buah nenas pada suatu masa dulu digelar King of Colonial Fruit dan jadi simbol lama kepada industri hospitaliti. Jom kita tengok apa khasiat yang ada dalam nenas.
Vitamin C - Sumber antioksida
B1 - Menukarkan karbohidrat dan lemak jadi tenaga
Mikro nutrien - dipercayai boleh menentang kanser
Nutrien - Memecahkan darah beku
Mampu menyumbangkan khasiat untuk kesihatan jantung
Jus nenas boleh membunuh ulat-ulat pada usus.
Mengandungi bromelain yang dapat mengurangkan bengkak akibat gout, sakit tekak dan artisis
Mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan.
Mengandungi manganese yang tinggi untuk mempertahankan antioksida
*Makanlah buah-buah tempatan.
No comments:
Post a Comment