Pages

Friday, December 10, 2010

Buku Yang Sedang Dibaca.....

'Maaflah gambar bergoyang sedia maklum kamera murah'

Ulasan Buku Oleh Ai Yang Tak Profesional

Buku ini mengisahkan tentang peribadi Rasullah Solallah Alaihi Wasalam dengan ilmu perniagaan yang boleh di aplikasikan oleh kita sebagai umat insan agung di sepanjang zaman ini. Kadang-kadang tak terfikir di minda ini 'disebalik peristiwa ' yang boleh dihubungkan dengan perniagaan. Contohnya Perang Badar Al-Sughra jika diterjemahkan dari perspektif perniagaan menjadi sangat global dan boleh diguna pakai hingga hari ini.

Melalui satu pasukan tentera berkuda digunakan bagi memintas dan menyekat rombongan perniagaan milik bangsawan Quraisy yang baru balik dari Syam dapat mempromosikan kepada Kaum Quraisy bahawa tentera Islam kuat. Dari segi perniagaan ia dikatakan sebagai aktiviti promosi secara besar-besaran boleh membantu meningkatkan memperkenalkan sesuatu perniagaan sebagai jenama yang kuat seterusnya akan menarik pembeli dan keuntungan akan diperolehi.

*Sebenarnya pengulas ni tak khatam lagi buku ni. Jadi cukup sampai di sini saja sebelum nyiang rapik merepek yang bukan-bukan.

No comments:

Post a Comment