Pages

Friday, December 10, 2010

Wajarkah Anak Ramai

Topik Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung pada 9 Disember 2010 membincangkan perihal topik bertajuk Wajarkah Anak Ramai. Tajuk lebih kurang begitu. Tetamu salah seorang adalah Puan Suzana Ghazali, seorang lagi seorang ibu yang mempunyai 12 orang anak. Ada beberapa kesimpulan yang saya rasa boleh dijadikan panduan untuk kita.

1) Walau berapa ramai anak sekalipun pastikan keperluan anak ditukar baru bukan menggunakan 'sistem giliran' penggunakan barangan. Contohnya jika kakak dah tak muat turunkan kat adik gitu la seterusnya. Ini kerana buat anak tak gembira dan tak dihargai.

2) Jika mahu beranak seramai manapun pastikan jarak kelahiran antara satu sama lain sekurang-kurangnya 2 tahun bagi melengkapkan tempoh penyusuan dan dapat memberi penuh kasih sayang dan pendidikan awal dalam tempoh 2 tahun.

3) Mendidik anak-anak dengan memberi nasihat, teguran dan tunjuk ajar tidak terhenti sehingga mereka dewasa sahaja, tetapi sehingga mereka berkahwin sekalipun menjadi tanggungjawab ibu bapa terus mendidik.

4) Anak sedikit atau ramai yang penting ibu bapa mampu menyara, mendidik bagi melahirkan insan berkualiti bukan kuantiti sahaja.

Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Yup..setuju. Jadi ibu bapa bukan sekadar melahirkan saja. Tapi merangkumi aspek memberi kasih sayang, keselamatan, keperluan emosi & fizikal

    ReplyDelete
  2. Mal,
    Aku setuju sangat. Sebenarnya aku anggap pndgn yg di beri tu ada mkna tersirat. conth yg no. 1 tu mkna tersirat parent kena mampu dr segi material jika mahukan ramai anak.

    ReplyDelete